CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belajar Dari Jepun, Remaja Bawah 17 Tahun Dihadkan Akses Internet

14-8-2018 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4536| Komen: 29


Kerajaan sedang mengkaji langkah yang dilaksanakan di Jepun dan Korea dalam usaha menghadkan akses internet bagi remaja bawah 17 tahun selepas 12 tengah malam hingga 6 pagi.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat berkata, kajian itu antara usaha menangani masalah ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

“Terdapat juga penyedia permainan video yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan. Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung ketagihan permainan video yang menyebabkan masyarakat menjauhi aktiviti harian.


Menjawab soalan asal Lukanisman sama ada ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dikategorikan sebagai masalah mental, Boon Chye berkata, kedua-dua tingkah laku itu tidak menyebabkan gangguan mental tetapi ia boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang individu. 

Tambah beliau, berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM, terdapat seramai 24.1 juta pengguna internet di seluruh negara, sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan itu didapati melayari internet lebih 4 jam setiap hari.- CARI

16

Bagus
17

Marah
31

Terkejut
31

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 13-8-2018 07:04 PM
marah la telco kt sini
Quote kedaikain 13-8-2018 07:14 PM
koh3 elok2 jam 11.59 mlm main dota tgh 'holy shit'... tup tup jam 12mlm xdo internet, mau dihumbannya monitor ngan kibod tuh... koh3
Quote sharlenetexas 13-8-2018 07:22 PM
Internet burung hantu
Quote multinicky 13-8-2018 08:09 PM
nasib baik meols bukan remaja
Quote putericahaya999 13-8-2018 08:36 PM
dah knapa mcm mabuk ketum
Quote AbukRokok 13-8-2018 08:41 PM
ini baru betul sembang babi terbang
tengok nti ada babi  terbang
Quote JohnnySins 13-8-2018 08:44 PM
main duboq boleh main internet tak boleh..Malaysia baHARU..salam brazzers..wakakakakakkakakaka
Quote sinalegna 13-8-2018 10:50 PM
Budak tido lambat & ponteng sebab main game tu ke penyebabnye?
Quote Orix 13-8-2018 11:11 PM
Alahaiii....... dh xde isu yg lg penting ke nk dibincangkan? Lantak la diorg nak main game ke hapa sekalipun. Drpd hidup bosan malam takleh tido ujung2 amek dadah mne lg parah???
Quote batmana 13-8-2018 11:16 PM
Sekat juga kt bapa budak yg ada anak kecil tapi ligat main game 24jam sampai bini jadi orang gaji dah.
Quote chazey 13-8-2018 11:41 PM
sinalegna replied at 13-8-2018 10:50 PM
Budak tido lambat & ponteng sebab main game tu ke penyebabnye?

Yeap. Banyak kes gini.
Quote Skuau 14-8-2018 01:12 PM
dh sapa srh wat pon canggih sgt..cuba blh kol ngn msj jer....cam nokia 3310..game pon main ulau jer...
Quote lkick2113 14-8-2018 01:21 PM
Ni macam marahkan nyamuk kelambu dibakar
Quote jofizo 14-8-2018 01:23 PM
idea bernas muntri ph
Quote minguk 14-8-2018 02:32 PM
tak laku la internet burung hantu lepas ni hahaha
Quote kurga 14-8-2018 03:14 PM
camne la nak sekat tu? tanya umur dalam game ke apa? da sah ramai nipu... bebudak zaman skrg advance..
Quote FMKiller 14-8-2018 04:26 PM
tipu date of birth akaun masa register. dah setel
Quote orgsepang 14-8-2018 04:34 PM
Kalau menipu bukan sistem tau pun. Fb pun budak2 tipu tarikh lahir senang je.
Yang penting para penjaga perlu memantau aktiviti ni tapi sebab kebanyakan mereka manjakan anak atau takutkan anak maka tak berkesan jugalah
Quote giyomi 14-8-2018 05:54 PM
Lebih elok klu parents depa yg pantau, ni tak, sekali dah masuk bilik, lupa anak kat luar tgh wat apa, mana taknya, sibuk melayari kapal equimity smpi benda len dah tak penting, khennn.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.060287 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top