CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Trauma Dengar Jeritan Anak Sebelum 'Hilang' Ditenggelami Api

15-8-2018 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4952| Komen: 44

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu perasaan seorang ibu apabila hanya mampu mendengar dua anak kecilnya menjerit meminta tolong, sebelum sayup-sayup ditenggelami api marak petang semalam.


Astro AWANI melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Hilir, Lingga, Sri Aman, Sarawak sekitar jam 4.25 petang.

Hasil pencarian pasukan bomba dan penyelamat pada sisa kebakaran menemui Zulkarnain Ajijul, 5, dan Zulfadli Ajijul, 2, rentung dalam keadaan berpelukan di hadapan pintu bilik datuk mereka.


Foto: Astro AWANI

Difahamkan, ibu kanak-kanak malang itu, Jamilah Tuah masih trauma dan terkilan kerana gagal bertindak dalam insiden yang berlaku sekelip mata itu.


“Mereka berdua menjerit memanggil saya. Tetapi, selepas itu suara dua beradik terus hilang. Saya tidak dapat menyelamatkan mereka sebab tiada orang lain berada di rumah (ketika kejadian).


Foto: Utusan Borneo

“Saya  hendak memasuki semula rumah, tetapi api sudah terlalu marak. Saya tidak tahu apa yang dimainkan mereka berdua di dalam rumah. 

"Terlalu sekejap saya tinggalkan mereka berdua beradik kerana sebelum itu mereka tidur di sebelah kakaknya. Saya tidak sedar bilakah mereka bangkit dan masuk ke dalam bilik (datuk mereka) ... saya pun tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, datuk mangsa, Ali Sanusi seakan tidak percaya dengan insiden tragis berkenaan.



“Pilu rasa hati apabila terkenang dan terbayang wajah cucu saya. Saya tidak perasan (kejadian kebakaran), saya tidak tahu apa-apa, kerana saya cuma melihat asap hitam tebal di rumah. 

“Saya cuma ingat keselamatan cucu, di mana mereka berada. (Apabila dapat tahu) cucu saya dah mati, saya berasa lemah," katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Lingga hari ini. - CARI
8

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 15-8-2018 08:37 AM
Sedihnya. Takziah.
Quote crazecousa 15-8-2018 08:45 AM
Allahuakbar sedihnya baca
Quote shernazz 15-8-2018 08:46 AM
Iols ada tgk pic tu
Terus teringat anak iols
Sedih ok..
Quote kaki_jalan88 15-8-2018 08:51 AM
sadihnya.mcm mana la keadaan diorg masa kejadian tu.semoga ALLAH melindungi kita semua
Quote RooneyMara 15-8-2018 09:11 AM
Ya Allah, sebak betul baca cerita mcm ni. Takziah utk family
Quote insulin 15-8-2018 09:14 AM
Sangat menyedihkan. Takziah kepada ahli keluarga adik-adik ni.
Quote jalfa 15-8-2018 09:15 AM
Seriau..harap si ibu tabah
Quote Ratutulip 15-8-2018 09:17 AM
ALLAHU ROBBI sedih nya
Quote saladin780 15-8-2018 09:22 AM
takziah diucapkan
Quote Hazi1975 15-8-2018 09:23 AM
Innalillahiwainnalaihirojiun takziah sedihnye comel sesgt dua beradik ni
Quote vanillaninja 15-8-2018 09:27 AM
Innalillah, salam takziah buat family anak2 syurga ni. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan.
Quote zaliza 15-8-2018 09:34 AM
innalillahiwainnailairaajiiuunn..
al fatihah...

salam takziah buat ibu & keluarga seluruhnya..
Quote MsKoreanfanatic 15-8-2018 10:00 AM
Ya Allah! Sedihnyer.. Syurga menantimu adik2
Quote aHoi83 15-8-2018 10:06 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah
Quote mieymiey 15-8-2018 10:09 AM
Ya Allah
Syurga buat 2 adik ni.
Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan.
Quote vwxyz 15-8-2018 10:20 AM
innalillahiwainailaihirojiun. iols tak boleh baca news melibatkan kehilangan nyawa ni. sedih hati.
luluh jiwa.

takziah buat keluarga mangsa. semoga Allah beri ganjaran lain menggantikan anak syurga ini. InshaAllah mereka di sana menanti kita...Al Fatihah.
Quote diss69 15-8-2018 10:37 AM
Al-fatihah buat ank2 syurga.. Salam takziah buat keluarga ats kehilangan ini.. Sedih sngt rasanya.. Moga Allah beri ketabahan n kekuatan pada ibubapa arwah..
Quote ad_hoc79 15-8-2018 10:41 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga
sedihnya....
Quote SweetShera 15-8-2018 10:42 AM
Allahuakbar....semoga keluarga tabah

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087865 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top