CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cuba Tolak Kekasih Depan Kereta Api

17-8-2018 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2735| Komen: 10

Seorang remaja nyaris dilanggar kereta api selepas cuba ditolak kekasihnya. Memetik Daily Mail, insiden mengejutkan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Elizabeth South di utara Adelaide, Australia pada Oktober tahun lalu.




Menerusi rakaman itu, Lucas Gary Narkle, 19, mengheret mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun sebelum cuba menolaknya ke hadapan sebuah kereta api yang sedang menghampiri.

Kelihatan jelas berlaku pergelutan di antara mereka berdua dan mangsa bernasib baik cubaan membunuhnya itu gagal.



Narkle dihadapkan ke Mahkamah Daerah Australia Selatan pada Rabu selepas mengaku bersalah membahayakan nyawa gadis berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan hukuman ke atas Narkle ditangguhkan selepas mangsa mengubah kenyataannya pada saat-saat akhir.

"Dia (mangsa) tidak tahu bahawa Narkle tidak akan benar-benar menolaknya (ke hadapan kereta api)," kata pendakwa raya.



Narkle yang pada mulanya didakwa dengan percubaan membunuh dikatakan memegang kayu pemukul besbol ketika kejadian, tetapi kedua-dua mangsa dan tertuduh mengaku ia tidak digunakan.

Dia ditahan selepas kejadian dan dipenjarakan lebih tiga bulan sehingga dia dibebaskan Mahkamah Agung pada Februari.

Hakim Simon Stretton berkata pada Rabu bahawa beliau tidak mungkin melanjutkan tempoh hukuman terhadap Narkle.


Kredit foto:  Daily Mail/FB

"Tindakan Narkle tidak bertanggungjawab, namun ianya tidak mencederakan (mangsa)," katanya.

Bagaimanapun, Stretton mungkin akan memerintahkan tertuduh melakukan khidmat masyarakat. Narkle akan kembali ke mahkamah pada Khamis untuk keputusan hukuman. - CARI
30

Bagus
33

Marah
34

Terkejut
31

Sedih
31

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (177 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 17-8-2018 11:35 AM
dah nyaris mati pun masih nak lindung kekasih dia..
Quote Bedah.Cun 17-8-2018 12:02 PM
bitch tue teruja dengan bad boy kot
Quote fox. 17-8-2018 12:02 PM
selalu gurau ganas macam tuh ke?
Quote spiderman80 17-8-2018 12:07 PM
Setiap pasangan pasti ada naik turunnya.
Semoga pasangan ini dapat berbaik semula nanti.
Quote cmf_premierleag 17-8-2018 12:08 PM
inilah warga kokesen yg disanjung2 ummah malaya berkerak
Quote SLAManya 17-8-2018 01:11 PM
spiderman80: Setiap pasangan pasti ada naik turunnya.Semoga pasangan ini dapat berbaik semula nanti.

Hahah extreme nya gaduh.. spider mcm ni ke?
Quote prettyuglybabe 17-8-2018 01:22 PM
cmf_premierleag replied at 17-8-2018 12:08 PM
inilah warga kokesen yg disanjung2 ummah malaya berkerak

ini jarum-jarum halus ni..
mana ada kokesen perangai jahanam gitu..
entah-entah melayu menyamar kokesen
Quote batu kikir 17-8-2018 10:07 PM
Bedah.Cun replied at 17-8-2018 12:02 PM
bitch tue teruja dengan bad boy kot

Bodoh betul pompuan yang suka "bad boy".
Apa yang teruja nya??
Bila dah jadi jando............"good boy" yang jadi laki orang...........kauorang jeles dan nak kebas laki orang pulak.
Ayat2 seperti.......
"aku bukan nak duit dia (lelaki) asalkan dia jaga aku cukup lah"
"aku nak lelaki yang tahu tanggungjawap dan dapat menyayangi anak2"
Ini semua "good boy" punya ciri2.
So where is the bad boy??
Quote moonbug 18-8-2018 12:09 AM
Ganas nya gurau
Quote Foxey 18-8-2018 12:48 AM
What kind of stupid gurau is this? Memang dumb*ss lah bak kata Red, 70s show

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.092103 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top