Sempena hari kebangsaan Malaysia yang ke-61 yang bakal kita sambut tidak lama lagi, bagi menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap tanah air yang tercinta ini, berikut merupakan fakta yang mungkin jarang kita dengar tetapi benar mengenai Malaysia.
(Sumber foto : Google) 2. Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Melayu" di dalam bahasa Inggeris dan pengakhirannya berasal dari bahasa Latin-Yunani yang berbunyi "-sia". 3. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" berasal dari lagu negeri Perak yang berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan”.
4. Di Malaysia, walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara, tetapi kebanyakan daripada kita lebih gemar menggunakan bahasa rojak yang dicampurkan dengan bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, dan sebagainya. 5. Rakyat Malaysia adalah orang yang paling mesra dan peramah di dunia... di Facebook! Menurut tinjauan pada tahun 2010 yang dijalankan oleh TNS, sebuah firma antarabangsa ; rakyat Malaysia mempunyai purata 233 rakan - antara yang paling banyak di dunia! Ini diikuti oleh Brazil dan juga Norway. 6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, roti canai tidak pernah wujud di India. (Sumber foto : Google) 7. Masa setempat di Malaysia telah diselaraskan sebanyak lapan kali! Pada tahun 1932, jam telah dicepatkan selama 20 minit untuk memanjangkan masa di siang hari. Pada tahun 1941 pula, masa itu telah dipercepatkan 10 minit lagi! Tahun 1942, ia mempercepatkan dua jam lagi untuk mengikuti masa di Tokyo, Jepun. Pada tahun 1945, mereka membalikkan jam ke masa seperti pada tahun 1941, dan akhirnya, pada 1 Januari 1982, Tun Dr. Mahathir memutuskan untuk melambatkan 30 minit untuk menyelaraskan masa dengan Sabah dan Sarawak. Menariknya, Singapura juga menyesuaikan jam mereka pada hari yang sama. 8. Secara teori, anda boleh memandu dari Malaysia ke Norway tanpa perlu mengambil feri atau kapal terbang. Ia akan mengambil sedikit masa - jaraknya ialah sejauh 5,867 batu! Tetapi anda boleh melakukannya dengan melewati hanya lima negara selain Malaysia dan Norway - Thailand, Burma, China, Kazakhstan dan Rusia. 9. "Roundabout" yang terbesar di dunia terletak di Putrajaya, Malaysia yang berkeluasan sepanjang 3.5 kilometer! (Sumber foto : Google) 10. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia, samada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil atau Mandarin pasti berakhir dengan perkataan -LAH! (Sumber foto : Google) Penulis ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Diiringi semangat Malaysia Baru, diharapkan kita akan bersama-sama memperoleh kemakmuran dan kesenangan yang berpanjangan di bumi tercinta kita, MALAYSIA! - CARI |
6
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
10. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia, samada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil atau Mandarin pasti berakhir dengan perkataan -LAH!
fizafaizal: 6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika d ...
2. Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Melayu" di dalam bahasa Inggeris dan pengakhirannya berasal dari bahasa Latin-Yunani yang berbunyi "-sia".
3. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" berasal dari lagu negeri Perak yang berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan”.
ADVERTISEMENT