Ramai sedia maklum, tempat letak kereta di pusat beli belah Kuala Lumpur sangat padat terutamanya di Mid Valley Megamall. Insiden cop tempat parkir pula seakan menjadi kebiasaan bagi mereka yang tidak sabar untuk mencari tempat kosong bagi meletakkan kenderaan masing-masing Terbaharu, tular sebuah video pendek seorang lelaki bertekak dengan seorang wanita yang sedang berdiri di dalam petak parkir kereta untuk menunggu keretanya yang sedang dipandu oleh kakaknya. Lelaki tersebut menegur perbuatan tidak wajar wanita itu dalam bahasa Inggeris namun tidak diendahkannya membuatkan dia merakamkan video tersebut lalu menularkan di media sosial.
Insiden tersebut membuatkan ramai yang memarahi sikap wanita itu yang mementingkan diri sendiri. Namun begitu, ada juga merasakan lelaki tersebut lah yang bersikap kebudak-budakan. Seperti biasa, ada yang seakan bermain api dengan memainkan sentimen perkauman. Hal sebegininya sewajarnya dihentikan kerana sikap individu tiada kaitannya dengan bangsa dan agama. Pengguna Twitter dan Facebook nampaknya tidak gagal untuk membuat jenaka. Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh wanita tersebut sebenarnya salah di sisi undang-undang. Jika anda mengalami masalah sebegini, boleh membuat aduan seperti gambar di bawah. Rakyat Malaysia yang prihatin memang cekap dalam segala urusan. Siap ada yang membuat carian kes saman wanita tersebut di laman sesawang pihak berkuasa. Oh! Nakalnya netizen. Bagaimanapun, wanita tersebut akhirnya membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu ini serta meminta maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam isu kedegilannya tersebut.
Kejadian ini sememangnya tidak wajar dan dihentikan kerana ia menyalahi undang-undang serta menyusahkan pihak lain. Namun, dalam masa sama, wanita tersebut telah mengaku kesalahannya dan diharap hal ini usah dipanjangkan lagi hingga mengancam keselamatannya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|