CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dipandu Rempuh Lembu, Lelaki Warga Jepun Maut Di Lokasi

20-8-2018 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3834| Komen: 19

Biarpun pelbagai langkah diambil dalam usaha menangani insiden haiwan melintasi lebuhraya sehingga mengakibatkan kemalangan, namun ianya sesekali masih dilaporkan berlaku. 


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Berita Harian, seorang lelaki warga Jepun hari ini dilaporkan maut selepas kereta dipandunya merempuh lembu di susur masuk Plaza Tol Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi, mangsa yang dikenali sebagai Shimizuishi Masatoshi itu meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.40 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota saya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam keretanya dengan menggunakan pemotong hidraulik.” 


Tambah Rosman, berdasarkan semakan awal mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan perindustrian Nilai.

"Petugas hospital yang berada di lokasi kemalangan mengesahkan kematian mangsa."

“Selain itu, lembu yang dilanggar oleh mangsa turut mati.” - CARI
35

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
31

Sedih
48

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 20-8-2018 06:04 PM
takziah.. lembu punya pasal..
Quote Skuau 20-8-2018 06:09 PM
apa agaknya nasib si lembu tu...rabu ni???
Quote buragazz 20-8-2018 06:11 PM
semalam kat lorong pandan Melaka depan masjid baru sekandang lembu lepas aku cam menyumpah2 tuan lembu tu bodoh nak mampos sebab tu main road dan kenderaan laju kat situ...
Quote Pink_Purple 20-8-2018 06:23 PM
lembu terkorban dahulu sebelum dikorbankan..

jahat tuan lembu, xsayang duit ke, lembu tu duit



takziah kpd mangsa
Quote moonbug 20-8-2018 06:26 PM
Skuau replied at 20-8-2018 06:09 PM
apa agaknya nasib si lembu tu...rabu ni???

Lembu tu pun dah mati juga. Terkorban dulu sebelum dikorbankan
Quote Skuau 20-8-2018 06:48 PM
moonbug replied at 20-8-2018 06:26 PM
Lembu tu pun dah mati juga. Terkorban dulu sebelum dikorbankan

'bunuh diri' la tu...x sanggup 'disembelih'....kot.
Quote serinegara 20-8-2018 06:52 PM
Kasihan lembu. Kasihan juga warga Jepun tu.

Quote mjla 20-8-2018 06:54 PM
Safe sgt la hiway msia ni
Gajah pun blh melintas
Takde yg pelik kat msia ni
Quote matkpop 20-8-2018 07:18 PM
ingat nak selamat diri. tak pasal2 terkorban sebelum dikorbankan
Quote kasibiman 21-8-2018 04:41 AM
Cari sampai dapat si bangsat tuan lembu tu.

Org lain Bela lembu dia nak Bela jugak.
Quote sukacactus 21-8-2018 05:59 AM
Yg melanggar mati
Yg dilanggar pun mati
Tuan pya lembu tu cemana plak?
Elok dimatikan jg kan sebab dah bodoh sgt
Quote oranjes 21-8-2018 06:35 AM
yg ni smlm... eksiden kat sebelah sana... sebelah hala ke kl pun jem... apa la yg org nk tgk sgt lembu mati... besok tgk la puas2
Quote mejaputih 21-8-2018 06:40 AM
Oh yg ini la semlm jem sgt2...teruk kete tu kene..kesian dua2...maybe lembu tu nk lari dari dikorbankan..dh tambat pun boleh lari...adakah lembu kuar ikut exit tol?sbb dh dkt ngan exit & keliling situ semua berpagar.
Quote kawahapi 21-8-2018 06:50 AM
Bodoh betul la tuan lembu nye, patut kena saman!
Quote prettyuglybabe 21-8-2018 10:15 AM
kalau kes macam ni takde sapa pun mengaku tu lembu mereka..
cuba kalau lembu hilang or kena culik..
riuh sekampung dok mencari..
Quote Miawlover 21-8-2018 10:16 AM
Tuan lembu bodo bangang..
Quote fushimi 21-8-2018 10:22 AM
mesti lembu nak buat korban ni

lain kali ikat  tu kuat sikit supaya tak terlepas
Quote MengkuduMasam 21-8-2018 10:38 AM
xpaham org jenis bela lembu main lepas mcm nih....

dah ade kes mati mcm nih.. mmg xde laa sape nak ngaku lembu tu dia punya....

Quote Artemesiaa 21-8-2018 10:53 AM
Dah tahu nak buat korban lembu tu tambat ler elok2, ni dah terlepas kan ke dah membahayakan dan menyusahkan orang lain je.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.123636 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top