"Saya merayu jika ada yang ternampak anak saya tolong maklumkan kepada saya atau suami saya. Anak saya itu tidak pernah keluar rumah secara bersendirian."
Seorang wanita merayu kepada orang ramai untuk memaklumkan kepada keluarganya jika terlihat anak perempuannya berusia 11 tahun yang hilang sejak semalam. Harian Metro melaporkan, Nur Syahindah Awfiyah Shafawi kali terakhir dilihat semalam selepas keluar dari rumahnya pada 3.30 petang dan kehilangannya disedari ibunya, Norita Rahmat pada 6.30 petang. Dipercayai, kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu berpunca akibat ditegur ibunya. Malah, kanak-kanak itu sempat meninggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu sebelum keluar rumah.
"Sebelum dia keluar, saya ada menegurnya. Mungkin dia merajuk dan berkecil hati dengan teguran itu, lalu dia keluar dari rumah. "Dia juga sempat meninggalkan nota dan di dalam nota itu dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang baik selain berpesan kepada abangnya untuk menjaga adik yang lain. "Abangnya perasan dia keluar sambil membawa beg kecil, memakai seluar warna hitam, baju lengan panjang biru gelap dan memakai tudung hitam," katanya kepada Harian Metro. Menurut Norita, Nur Syahindah kali terakhir dilihat menaiki bas menghala ke Kajang Metro Point. "Sesiapa yang ada maklumat boleh menghubungi saya di nombor 017-6333808 atau 016-3399790," katanya. - CARI
|
12
Bagus |
18
Marah |
10
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
monreyes replied at 24-8-2018 01:14 PM
nak lari tgg habis U ye dik...
time tu sukati la nak wat ape pun...
ADVERTISEMENT