Anda peminat filem seram? Sudah tentu filem-filem di bawah ini tidak asing dengan anda. Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan filem bergenre seram terutamanya filem keluaran tempatan, berikut adalah senarai 10 filem paling seram yang pernah dihasilkan di Malaysia yang boleh anda tonton di rumah!
(Kredit Foto: IMDB) Biarpun ketika waktu filem ini ditayangkan terdapat pelbagai kecaman dan kritikan yang kurang enak dari penggemar filem seram, Mistik masih tidak mengecewakan dari aspek keseraman yang ditonjolkan. Diarahkan oleh Prof. A Razak Mohideen, filem ini mendapat kecaman ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan jeritan pelakon Rita Rudaini yang bingit di dalam filem ini, serta pengakhiran filem ini yang digambarkan sebagai mimpi semata-mata.
Biarpun jalan ceritanya agak klise dan tipikal, filem ini masih mampu mewujudkan suasana seram di sekeliling anda dan membuatkan anda tidak senang duduk! 9. Trauma (Kredit Foto: Wikipedia) Filem lakonan Nasha Aziz ini mengangkat tema kecelaruan mental dan identiti (psikologi) sebagai intipati utama filem arahan Aziz M Osman ini. Persembahan cemerlang Nasha Aziz sebagai antagonis di dalam filem ini telah membuatkan beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia yang ke-17. Filem ini membuatkan kita turut bermain dengan akal dan emosi, sambil disusuli dengan adegan-adegan yang kurang menyelesakan dan mampu membuatkan bulu roma berdiri. 8. Susuk (Kredit Foto: IMDB) Filem ini merupakan filem arahan Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika, Naeim Ghalili. Mengangkat tema penggunaan susuk sebagai fokus utama cerita, filem lakonan Ida Nerina dan Diana Rafar ini tenyata tidak menghampakan. Jalan cerita yang tidak klise, mengangkat budaya syirik dan mistik di dalam masyarakat kita merupakan kekuatan utama filem ini. 7. Chermin (Kredit Foto: IMDB) Chermin merupakan filem arahan Zarina Abdullah. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang sangat obses dengan sebuah cermin antik selepas wanita itu ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal di mukanya. Lakonan Deanna Yusoff dan Natasha Hudson di dalam filem ini tidak mengecewakan sehingga Natasha pernah dijulang sebagai pelakon harapan wanita untuk Festival Filem Malaysia, suatu ketika dahulu. 6. Puaka Tebing Biru (Kredit Foto: IMDB) Lakonan cemerlang dari Umie Aida, Nasha Aziz serta Fahrin Ahmad, filem arahan Osman Ali ini mendapat kutipan yang agak tinggi meskipun pada tahun 2007 filem seram masih lagi bertatih untuk bertapak kembali di dalam industri perfileman. Filem ini juga berjaya bermain dengan emosi penonton apabila turut menyerapkan elemen kesedihan dan simpati, tetapi pada masa yang sama masih tidak mengaibaikan adegan-adegan seram sebagai teraju cerita. 5. Paku (Kredit Foto: Google) Paku yang diinpirasikan dari filem seram Malam Satu Suro serta kisah Highland Tower, mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak mampu melepaskan isterinya biarpun isterinya telah meninggal dunia! Walaupun efek, teknik serta suntingan filem ini hanya berada pada tahap memuaskan, lakonan cemerlang Aishah Ilias dan Johan Asari serta jalan ceritanya yang tersendiri telah berjaya menaikkan bulu roma peminat-peminat filem seram tanah air. 4. Jangan Pandang Belakang (Kredit Foto: IMDB) Filem arahan Ahmad Idham lakonan Pierre Andre ini merupakan filem seram yang menjadi fenomena di Malaysia. Penggunaan perkataan "Jangan Pandang Belakang" seringkali bermain di bibir rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka ingin menakutkan seseorang. Filem yang ditayangkan pada tahun 2007 ini juga membuka peluang kepada pelbagai filem seram untuk kembali menjengah panggung setelah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari peminat filem tempatan. Ini adalah kerana pelbagai syarat dan peraturan dari Lembaga Penapisan Filem sebelum ini telah mengakibatkan Malaysia ketandusan filem seram. Pelbagai filem bergenre seram dan "spoof" dikeluarkan selepas itu menggunakan judul filem yang agak sama seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Boleh?, dan sebagainya. 3. Dukun (Kredit Foto: Google) Dukun yang menampilkan Umie Aida sebagai teraju utama merupakan arahan filem pertama dari pengarah Dain Said. Filem ini telah diperap selama 10 tahun lamanya dan hanya pada baru-baru ini telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk ditayangkan. Suntingan filem ini dilihat agak caca merba dan perjalanan ceritanya agak perlahan serta mengelirukan. Walau bagaimanapun, kecatatan filem ini ditutupi dengan jalan ceritanya yang diinspirasikan dari kisah benar pembunuh yang paling kejam di Malaysia serta lakonan yang cukup cemerlang dari Umie Aida dan Elyana. Latar cerita yang dirakamkan di Kuala Lumpur pada awal tahun 2000-2006 juga kelihatan amat menarik. Bayangkan telefon awam yang masih elok masih boleh dilihat secara meluas di dalam filem ini! 2. Munafik (Kredit Foto: IMDB) Filem seram kedua arahan anak kepada Dato' Yusof Haslam ini menampilkan Syamsul Yusof dan Nabila Huda sebagai teraju utama. Meskipun lakonan Syamsul masih kayu dan lontaran suaranya agak terkawal sehingga kelihatan dibuat-buat, persembahan cemerlang Nabila Huda telah membuatkan filem ini "bernyawa". Siapa yang boleh lupa adegan Nabila Huda yang dirasuk sehingga memanjat dinding di dalam keadaan yang sangat mengerikan? Munafik mendapat kutipan filem yang tertinggi pada tahun 2016, yang membawa kepada susulan filem ini yang berjudul Munafik 2, bakal menemui penonton tidak lama lagi. 1. Khurafat : Perjanjian Syaitan (Kredit Foto: IMDB) Khurafat merupakan filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, yang juga mengangkat dirinya sendiri sebagai teraju utama. Kelebihan filem ini lebih bergantung kepada jalan cerita yang kemas, adegan seram yang boleh menaikkan bulu roma penonton terutamanya babak jenazah yang bangun ketika berada di dalam van mayat! Klimaks penutupnya yang bermain dengan elemen kejutan juga membuatkan filem ini menyerlah sebagai filem seram terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia! Banyak lagi filem seram keluaran tempatan yang tidak kurang hebatnya. Hantu Kak Limah Balik Rumah, Al Hijab, Cerita Hantu Malaysia dan sebagainya juga pasti tidak mengecewakan. Juga, filem-filem seram akan datang yang pastinya menghantui penonton di pawagam tidak lama lagi seperti Langsuir arahan Osman Ali, Munafik 2 yang merupakan arahan Shamsul Yusof - pastikan anda menonton semua filem di atas menerusi saluran yang betul ya! Sokonglah industri perfileman tempatan! - CARI
|
42
Bagus |
26
Marah |
26
Terkejut |
21
Sedih |
27
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nishikido replied at 6-9-2018 07:07 PM
Mana pontianak harum sundal malam.. walaupun tak seram sangat tapi jalan cerita boleh tahan dan kira ...
fadz84 replied at 6-9-2018 07:18 PM
Filem Misteri Rumah Tua & Rahsia lakonan
primadona Noorkumalasari blh tahan jgk level angker nya.. ...
beta_carotene replied at 6-9-2018 07:34 PM
Chermin tu agak seram iya...
nishikido replied at 6-9-2018 11:07 AM
Mana pontianak harum sundal malam.. walaupun tak seram sangat tapi jalan cerita boleh tahan dan kira ...
ADVERTISEMENT