Dari Tokyo sehinggalah ke Sepanyol, Lonely Planet telah menyenaraikan 500 hidangan paling enak berdasarkan rasa, budaya, dan suasana tempatan di sesebuah negara.
Berikut adalah 10 makanan yang harus dicuba dipetik dari buku panduan perjalanan terbaru berjudul Ultimate Eatlist, terbitan mereka. 10. Dim Sum - Hong Kong Pasar malam Temple Street di Hong Kong adalah tempat terbaik untuk menjejaki makanan yang murah, termasuk Dim Sum yang disajikan secara tradisional dalam bakul pengukus kecil. 9. Pizza Margherita Klasik - Napples, Italy
Pastikan anda merasa pizza Margerita klasik yang terdapat di Italy ya! 8. Bibimbap - Seoul, Korea Selatan Hidangan tradisional Korea yang berasaskan beras ini dilengkapkan dengan pelbagai sayuran, daging atau makanan laut pilihan anda dan juga telur. 7. Udang Kara (Crayfish) - Kaikoura, New Zealand Bagi pencinta makanan laut, wajib untuk anda melawat ke Kaikoura sekiranya ke New Zealand -tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak merasa udang karang di sana! 6. Smørrebrød - Copenhagen, Denmark Lonely Planet mengesyorkan anda untuk mencuba Smørrebrød yang dijual di Restoran Hallernes, Copenhagen untuk rasa dan harga yang terbaik. 5. Som Tum - Bangkok, Thailand Salad yang sangat terkenal di Thailand ini, diperbuat daripada betik yang dicincang - dihiasi pula dengan pelbagai bahan masam dan manis - boleh ditemui di gerai-gerai sekitar Bangkok. 4. Punggung Daging Lembu - Texas, Amerika Syarikat Franklin Barbecue, salah satu restoran barbeku yang terletak di Texas, dikatakan telah memulakan "fenomena" makanan ini sejak ianya dibuka pada tahun 2009. 3. Sushi - Tokyo, Japan Untuk rasa sushi yang terbaik dan lazat, dapat dan rasakan sushi yang terenak hanya di Sushi Saito yang terletak di bandar Tokyo! 2. Kari Laksa - Kuala Lumpur, Malaysia Keenakan rasa kari laksa yang luar biasa diperbuat daripada mi beras, tauge, udang, ayam dan tauhu telah menambat hati ramai pelancong asing di negara ini. Ianya boleh didapati di gerai-gerai yang terletak di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Petaling! 1. Pintxos - San Sebastian, Sepanyol Foto Carian internet Bar Gandarias, salah satu bar paling popular di San Sebastian menyediakan pinxtos yang paling enak di Sepanyol! Jadi apa tunggu lagi? Jom plan itenerari untuk melancong ke negara-negara di atas dan merasakan sendiri keenakan hidangan tempatan mereka! Oh ya, kalau nak rasa kari laksa tu kita pecut naik kereta jer tak sampai dua jam pun dari Ipoh ke Kuala Lumpur! - CARI |
21
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
26
Sedih |
13
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GigaMom replied at 28-8-2018 05:56 PM
Makanan yg bbeza ni subjektif utk dinilai.
Lainla if resipi sama cheff blainan.
Apapun temptingny ...
GigaMom replied at 28-8-2018 05:56 PM
Makanan yg bbeza ni subjektif utk dinilai.
Lainla if resipi sama cheff blainan.
Apapun temptingny ...
ADVERTISEMENT