CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tu Lah Orang Tua Cakap Jangan Makan Sedap Sangat Sampai Lupa Anak"

27-8-2018 11:23 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3525| Komen: 13|Original author: Oleh: Whitney


Kes kecuaian ibu bapa sudah banyak terjadi sama ada ketika berada di rumah atau di luar rumah. Ada anak-anak yang dijumpai berada dalam keadaan selamat dan sebaliknya. Mungkin disebabkan sikap ibu bapa yang tidak begitu menitikberatkan keadaan dan keselamatan anak-anak atau disebabkan terleka walau sekejap. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang seorang kanak-kanak yang dikatakan tertinggal oleh ahli keluarga mereka selepas menjamu selera di sebuah restoran ikan bakar. Kanak-kanak itu sedang nyenyak tidur di atas meja dan langsung tidak disedari oleh ahli keluarga mereka semasa meninggalkan kedai makan tersebut. 

Nyenyak betul kanak-kanak ini tidur. 
Netizen mengerumuni kanak-kanak tersebut bagi membantu mencari ibu bapanya dan menjaga keselamatannya. 

Nasib baik ibu bapa mereka cepat sedar anak mereka tiada bersama
Setelah beberapa jam, ibu bapa kanak-kanak tersebut datang semula untuk mengambil anaknya yang tertinggal itu setelah menyedari anaknya tiada bersama dengan menelefon restoran ikan bakar tersebut. Nasib baik tidak berlaku perkara buruk dan anaknya berada dalam keadaan selamat. 

Anak sendiri pun boleh terlupa?
Ramai netizen yang berasa tidak masuk akal apabila ibu bapa boleh terlupa tentang anaknya itu. Tapi, logiknya apabila keluar beramai-ramai dengan ahli keluarga, ibu bapa seakan lepas tangan menjaga anak-anaknya kerana beranggapan anaknya di jaga oleh ahli keluarga yang lain. 


Ada juga netizen pernah kena tinggal
Tidak ketinggalan, beberapa orang netizen turut berkongsi kisah mereka dan ahli keluarga mereka yang pernah mengalami situasi yang sama. Nampaknya, kes-kes sebegini kerap berlaku tetapi bernasib baik kerana tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. 

Ingat, anak-anak itu amanah dan tanggung jawab ibu bapa. Walaupun keluar makan beramai-ramai dengan ahli keluarga, pastikan anak-anak ada dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Seperti pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.  - CARI 

15

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cewekbopot 27-8-2018 11:34 AM
anak ngan macik dia...hmph..org len jaga anak kita tak sama mcm kita sendiri yg jaga...lebeh2 kurang je..ingat tak ingat...dah tinggalkan anak org pun tak prasan lagi..maklum laaaa anak orang...
Quote manehnya 27-8-2018 12:21 PM
ni msti mak bapak kaki hadap henfon...

anak pun boleh tingalll... ramai kot anak depa ni
Quote fushimi 27-8-2018 12:53 PM
kalau iols jadi tuang kedai tu iols cakap je anak ko takde kat kedai

padam muka laki bini bodoh bangang tahu konket je kerjannya

Quote fushimi 27-8-2018 12:57 PM
untuk adik kecik ni nanti bila ko dah besar mak bapak ko yang tongong tu dah tua ko tinggal je dorang kat tengah rnr ke

nanti kalau ada orang call ko cakap lupa pulek tertinggal mak bapak kat tepi jalan
Quote WawaRaRa 27-8-2018 01:06 PM
ni kes tak sengaja ni... dia igt naik kete A... A ingat naik kete B... B ignt naik kete C dan seterusnya... sbb tu aku x suka budak2 ni tukar2 kete... klu tertinggal kita x perasan... so klu dia nak naik keta A dari awal smpi akhir pejalanan ngan kete A... klu main suka2 tukar2 kete ni la jd nyer....
Quote Artemesiaa 27-8-2018 01:06 PM
Jelas ada kecuaian disitu anak sendiri tak perlu nak mengharap orang lain jaga sendiri kena pastikan mereka semua ada bersama sebelum kemana2.
Quote ufc214 27-8-2018 01:21 PM
manehnya: ni msti mak bapak kaki hadap henfon... anak pun boleh tingalll... ramai kot anak depa ni

setuju dgn awk
Quote ufc214 27-8-2018 01:22 PM
kesiannya budak umur 3 tahun
sampai mak bpk tak ingat
Quote haryatie 27-8-2018 02:44 PM
Edited by haryatie at 27-8-2018 03:36 PM

gi mana2 ramai2, ada byk kete jgn main ingat2 ank ikut org tu, ikut org ni
pastikan dulu ank tu betul2 ada dlm kreta baru la gerak nk ke mana pun
ni tidak...da kenyang membuncit...leka membawang @ main tipon  
x ingat apa dah..
Quote VuJiE 27-8-2018 09:24 PM
apa daaa anak boleh tinggal
Quote MadameOnion 28-8-2018 10:34 AM
anak sendiri tengok la dulu dah naik kereta ke belum..bagi alasan anak nak naik keta macik tok wan tok nek bagai..kalau betui pun anak dia nak naik keta lain..make sure dah masuk keta tutup pintu baru jalan..keja nak senggama je tau..bila beranak taktau jaga..ramai org lain nak anak tapi tak dapat..ni keja beranak senang tu yg tak hargai langsung amanah allah ni
Quote palmolive 28-8-2018 10:47 AM
ni jenis senang nak dpt anak..pasal tu tak berapa amik berat
Quote fox. 28-8-2018 03:21 PM
ikan bakar kat melaka ni kan. rendamnya kepala mak bapaknya dalam selut baru ada akai

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.041611 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top