Burung gagak merupakan sejenis burung yang dipercayai membawa petanda kematian, nasib malang dan pelbagai lagi tanggapan buruk sperti pengotor.
Namun hasil kajian University of Washington, sebenarnya burung gagak mempunyai kemampuan otak yang cerdas dan mempunyai keupayaan yang unik. Memetik laporan mStar, sebuah taman tema bersejarah di Perancis mengambil inisiatif melatih enam ekor burung gagak untuk mengutip puting rokok dan sampah sarap bagi mengekalkan kebersihan lokasi pelancongan itu. Menurut presiden taman tema Puy de Fou, Nicolas de Villiers, insiatif tersebut sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan kepada pengunjung bahawa haiwan juga boleh diajar untuk menjaga alam sekitar.
"Tujuan utama bukanlah untuk membersihkan kawasan itu sebaliknya lebih kepada mengajar pengunjung bahawa haiwan juga mempunyai kesedaran untuk menjaga alam." Menerusi program itu, burung gagak berkenaan akan diberikan nugget kecil setiap kali mereka meletakkan sampah yang dikutip ke dalam tong sampah. Rata-rata pengunjung teruja dan memberi pujian terhadap usaha pihak pengurusan taman tema tersebut. Taman tema itu merupakan antara tarikan utama di negara Perancis dan ia menawarkan lebih 20 pertunjukan berkaitan peristiwa sejarah.- CARI
|
35
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
29
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minguk: latih sekali jangan berak atas kereta orang
minguk replied at 27-8-2018 01:31 PM
latih sekali jangan berak atas kereta orang
highcastle replied at 27-8-2018 04:12 PM
Baru nak cakap. Skg fobia nak park kereta kat bawah pokok. Panas pun panaslah, janji xde taik..... ...
minguk replied at 27-8-2018 05:27 PM
itu la tu, kadang kalau area gagak ni, tak nanti bawah pokok, tetengah bawak keteta pun ditahikann ...
saladin780 replied at 27-8-2018 05:31 PM
Kwn aku penah kena..dia gi ajuk2 bunyi burung gagak tu..amik ko kena berak tahik setepek jatuh kat ...
ADVERTISEMENT