CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kaji Selidik 100 Hari PH, Netizen Terkejut Najib Dahului Tun Mahathir

28-8-2018 10:42 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6035| Komen: 24|Original author: Oleh: Azza


Sejak tampuk pemerintahan Malaysia bertukar tangan, pelbagai analisis politik dapat kita baca dan dengar menerusi media cetak, media elektronik dan tidak ketinggalan media sosial. Apatah lagi dengan kebebasan menyuarakan pendapat membuatkan ramai netizen mahu memberi pandangan tanpa perlu takut dengan Akta dan sekatan lagi.

Terbaharu dengan genapnya 100 hari era Pakatan Harapan menerajui kerajaan, banyak desas-desus yang berlegar dalam kalangan pemimpin serta rakyat marhein sekalipun. Apa yang menariknya apabila ada yang membuat 'poll' untuk netizen memilih di antara dua pemimpin hebat ini iaitu Perdana Menteri sekarang, Tun Dr. Mahathir dan Mantan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Pemilihan yang dikendalikan oleh portal Segamat Today memberi kejutan apabila ramai yang memilih Najib berbanding Tun dengan kelebihan undian sebanyak 68 peratus berbanding Tun cuma 32 peratus. Hal ini mencetuskan polemik antara netizen (kebanyakannya warga matang) yang diambil kira undi mereka di Facebook berbanding anak muda yang lebih banyak berlegar di Twitter.



Kredit foto: Twitter



"Awal lagi ni. Tunggu setahun dan buat survey baru, kalau keadaan berterusan macam ni, aku rasa makin teruk result tu."



Menurut netizen yang bersetuju, pemimpin PH dilihat tidak memandang ke hadapan, hanya tahu merungut mengenai wang yang telah tiada. Ini membuatkan mereka marah.
Sementara itu, di Twitter pula ramai warganya yang tidak bersetuju dengan undian tersebut kerana laman sosial Facebook kebanyakkanya dipenuhi oleh mereka yang telah berusia, jadi ia tidak selari dengan kehendak semasa.




Foto : Google


Oleh itu, HermyR membuat undian di Twitter yang menunjukkan trend berbeza pula iaitu Tun Mahathir mendahului Najib.



Nampaknya undian jadi berbeza di Twitter yang memihak kepada Tun Mahathir pula. Tidak menghairankan kerana penghuni di kedua-dua medium adalah orang yang berbeza latar belakangnya.

"Ini troll ja. Faham-faham lah orang Malaysia."

Maklumlah, setiap penyokong parti mempunyai hujah masing-masing untuk membuktikan kebenaran pendirian parti mereka. Tun atau Najib yang lebih bertimbangrasa?






Gambar lama mereka - Google

Memandangkan warga Malaysia bebas menyuarakan sebarang pendapat, maka kaji selidik ini juga berguna bagi menjadi neraca supaya kedua-dua pemimpin pemerintah dan pembangkang membuktikan yang terbaik kepada yang mengundi mereka.

Ini adalah masa untuk melangkah cemerlang bukannya menoleh ke belakang dan perlu ingat bahawa rakyat mempunyai satu senjata untuk menaikk atau menundukkan mana-mana parti iaitu dengan undian. Jadi, buat yang terbaik serta kurangkan isu yang menaikkan kemarahan rakyat. - CARI 

26

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
21

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 29-8-2018 10:14 AM
huhuhu ramai dh menyesal ke
Quote zorrro_03 29-8-2018 10:32 AM
mohon penyokong tegar PH terjun sungai.
Quote belon 29-8-2018 10:37 AM
Semua suka dapat dedak.. Suka ditongkat.. Suka bermalas-malas.. Yg penting kita dapat apa yg kita nak hari ni.. Peduli apa klau negara tak de duit satu hari nnti.. Kita dah mati pun waktu tu so biar generasi muda yg tanggung.. Kita enjoy.. Cash is king!
Quote kasibiman 29-8-2018 10:44 AM
Selamat today???? Ya ampunnn


But I like of the comments about najib fucked up on 1mdb. Yes. Satu salah besar habjs licin semua kebaikan org Tak nampak. Dan ah jib gor only have yourself to blame for it.
Quote surwanis 29-8-2018 11:40 AM
hahahaha....kelakar...
asal dpt dedak
Quote CalvinBennett 6-9-2018 01:21 PM
Demonstrasi gangster tipikal dalam mempertahankan kejahatan yang dilakukan oleh Najib Razak oleh para penyokongnya di Mahkamah Tinggi tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, membuat seseorang malu menjadi rakyat Malaysia.
write my paper.
Quote Maideen. 6-9-2018 01:59 PM
Menurut satu kajian rahsia yang telah dijalankan ramai rakyat yang bersatu hati menumbangkan Najib  Kleptokrat pada 9hb May dahulu kini mahukan Najib Kleptokrat menjadi Perdama Menteri semula.

Selepas itu mereka juga mahu Najib Kleptokrat melantik semula Isa Samad sebagai Pengerusi Felda demi Banga, Agama dan Negra......hahahahahahaha

Isa Samad....demi Bangsa, Agama dan Negra.....Prrrrrrpffftght
Quote batu kikir 6-9-2018 02:44 PM
Ada lagi Maideen.....
1. Nazri Teksi
2. Tungku Roti Nan
3. Kak Ijat Lombu
4. Arwah Jamaluddin Jarjis ( kalau dia masih hidup)
5.  Anuar Moose
dll
Quote dizekni 6-9-2018 02:46 PM
di media sosial satu hal

dalam kehidupan sebenar satu hal lagi

realitinya akan lebih jelas terpapar
dalam masa yang mendatang
Quote Maideen. 6-9-2018 02:49 PM
batu kikir replied at 6-9-2018 02:44 PM
Ada lagi Maideen.....
1. Nazri Teksi
2. Tungku Roti Nan

Terharu kita dengan pejuang pejuang Bangsa, Agama dan Negra itu.....patutlah rakyat menyesal menumbangkan Najib Kleptokrat dahulu....
Quote am2020 24-10-2018 02:24 AM
Tggu anwar jd pm ke 8..kalu x de perubahan..mmg sepenggal jer la..
Quote marvelez 24-10-2018 03:12 AM
Eja survey pun salah. Kalau tak reti eja survey, ckp jela bancian atau kaji selidik. Mcm menipu je result tu. But somehow kalau prestasi PH masih slow mcm skrg smpai 3-4 tahun akan dtg, next PRU mungkin BN akan ambil semula butt pls with no Najib no Zahid n all the nonsense.....
Quote FailFish 24-10-2018 05:00 AM
ramai masih hancing kat twitter nampaknya
Quote weezerfan 24-10-2018 06:50 AM
Menunjukkan betapa rakyat mesia ni sejenis bodow... Percaya ja semua media report.
Quote monsterwife 24-10-2018 06:56 AM
Kalau k.mah tak de najib memang ok...
Quote cm_vungtau 24-10-2018 07:08 AM
Kalau Najib vs Anwar lagi teruk PH punya percentage kot
Quote dess402 24-10-2018 07:09 AM
Tok mat Hassan  ??
Quote dess402 24-10-2018 07:14 AM
cm_vungtau replied at 24-10-2018 07:08 AM
Kalau Najib vs Anwar lagi teruk PH punya percentage kot

hahaha  ..  boleh cuba.
Quote zidane_ziege 24-10-2018 07:18 AM
Tapi dh 4 PRK melingkup.. perdana menteri online pon boleh..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top