Meghan Markle dan Putera Harry merupakan dua wajah yang paling dikenali di dunia pada masa ini. Walaupun berada di bahagian depan akhbar dan majalah di seluruh dunia, pasangan ini lebih sukakan privasi dan sangat jarang dilihat bersama melainkan ketika lawatan rasmi. Namun, Duke dan Duchess of Sussex itu baru-baru ini dilihat santai bersiar-siar di taman dan makan tengah hari di pub, justeru menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam. Ternyata, orang awam sebenarnya tersilap pandang. Kelibat yang dilihat di tempat awam itu sebenarnya adalah patung lilin yang dihasilkan Madame Tussauds London. Figura ini pertama kali diperkenalkan pada peringkat akhir Britain Got Talent Jun lalu dan kini menjadi antara tarikan pelancong di London. 'Pasangan' itu kini mengambil sedikit masa untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota. Mereka juga dilihat memanggil taksi, membawa haiwan peliharaann mereka bersiar-siar di sekitar Battersea Park serta berhenti makan tengah hari di pub The Sands End, lokasi kegemaran Putera Harry. Steve Davies, pengurus besar di Madame Tussauds London berkata, "Figura Harry dan Meghan telah menarik dan menghiburkan ramai pengunjung sejak pelancarannya pada awal tahun ini. Jadi, kami fikir ia adalah masa yang tepat untuk kami membawa tarikan ini di tempat lain di sekitar London." Buat masa ini, seperti kerabat diraja lain Meghan dan Harry sedang berehat daripada sebarang tugas rasmi sempena musim panas. - CARI
|
22
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
21
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
C1k_J4h replied at 28-8-2018 03:18 AM
muka meghan nampk sgt patungnye
skeri plak tu
ADVERTISEMENT