Bagi sesiapa yang mendapati harga ikan masin, ikan kering dan udang kering dinaikkan harga atas alasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Ini kerana Kementerian Kewangan menjelaskan makanan tersebut dikecualikan daripada SST. Berita Harian melaporkan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadar lima peratus yang dikatakan dikenakan terhadap produk makanan seperti ikan jeruk dan ikan kering atau ikan masin dalam kategori ikan dan hidupan laut adalah tidak benar. “Jika ada, mungkin ia terlepas pandang. Mungkin cukai itu adalah berdasarkan senarai cadangan sebelum ini." “Sekarang, ada senarai baharu yang semua boleh semak. Udang dan ikan kering adalah antara senarai barangan yang dikecualikan daripada SST.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat dan forum SST di Kota Kinabalu semalam. Tambah Guan Eng, Kementerian Kewangan akan menyemak semula senarai barangan yang dikenakan SST dan keputusan akan dibuat pada hujung tahun ini berdasarkan cadangan yang diberi daripada rakyat. Sebelum ini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kenyataannya menggesa agar kerajaan mengecualikan barangan berkenaan yang dianggap makanan golongan berpendapatan rendah (B40). SST dilaksanakan pada 1 September di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasiobal (BN) sebelum ini.- CARI
|
13
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
19
Sedih |
10
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minguk replied at 3-9-2018 11:40 AM
esok lusa cakap silap tengok, memang dikenakan sst..
insulin replied at 3-9-2018 11:45 AM
Jom boikot. Lagipun makanan masin kurang elok untuk badan kita.
minguk replied at 3-9-2018 11:48 AM
tak elok ke?
alaaa tak boleh boikot, mak i rajin buat ikan masin sendiri... i suka sebab dia kur ...
hadibah replied at 3-9-2018 11:45 AM
“Jika ada, mungkin ia terlepas pandang. Mungkin cukai itu adalah berdasarkan senarai cadangan sebel ...
harizs replied at 3-9-2018 11:55 AM
menteri paling tak kompeten dlm sejarah msia
Tambah Guan Eng, Kementerian Kewangan akan menyemak semula senarai barangan yang dikenakan SST dan keputusan akan dibuat pada hujung tahun ini berdasarkan cadangan yang diberi daripada rakyat.
minguk replied at 3-9-2018 11:40 AM
esok lusa cakap silap tengok, memang dikenakan sst..
insulin replied at 3-9-2018 11:45 AM
Jom boikot. Lagipun makanan masin kurang elok untuk badan kita.
tobby replied at 4-9-2018 07:26 AM
tepat sekali. memang betul dah berita ni.
ADVERTISEMENT