“Buat masa ini, guru besar berkenaan bertugas seperti biasa dan siasatan dalaman di pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan daerah turut dilakukan."
Jabatan Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata demikian ketika mengulas mengenai salah laku seorang guru besar yang didakwa menyalahgunakan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). “Apabila membabitkan soal kewangan (salah guna) kita akan buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan secara adil dapat dijalankan," katanya kepada NSTP seperti dipetik daripada BH Online. Tambahnya, perkembangan siasatan turut dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mendakwa seorang guru besar di sebuah sekolah kebangsaan di Jerantut didapati membuat tuntutan RMT secara tidak telus. Menurut individu berkenaan, ibunya yang bekerja sebagai pengusaha kantin sekolah berkenaan diarahkan menyediakan makanan untuk 85 pelajar sedangkan kontrak ditandatangani bersetuju menyediakan makanan untuk 91 pelajar. “Jika perkara itu benar terjadi kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak.. Sepatutnya mereka (guru besar) mengetahui perkara ini (seleweng dana RMT) adalah perkara yang salah dan boleh dikenakan tindakan. “Guru dan kakitangan pendidikan semuanya profesional dan terlatih, sepatutnya kes seperti ini tidak timbul,” katanya. - CARI
|
33
Bagus |
37
Marah |
35
Terkejut |
34
Sedih |
56
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
leylapple: yang aku tau, budak tu dgn mak dia tak puas hati kenapa nak pulangkan duit lebihan ke sekolah...dah dia dibayar utk 91 murid, tapi sediakan makanan ut ...
armin replied at 7-9-2018 05:14 PM
maksudnya makcik kantin tu ke yg salah? Tp agak pelik di situ kenapa sekolah suh masak utk 85 org je ...
leylapple replied at 7-9-2018 05:24 PM
sebab dah selalu sangat tak abis..jadi pihak sekolah memutuskan utk mengurangkan jumlah makanan an ...
cruz2 replied at 7-9-2018 06:40 PM
Mmg berlaku kes mcm ni.bila pertengahan nk ke hujung tahun,biasa total murid RMT akan berkurang.pind ...
chazey replied at 8-9-2018 12:52 AM
OH RUPANYA! Akak benci perangai sebegini, macam kontraktor hanjeng dewan makan kat sekolah akak. D ...
leylapple replied at 8-9-2018 10:36 PM
budak tu jugak yang cakap dah dipersetujui dalam meeting yang mak dia akan pulangkan duit lebihan ...
ADVERTISEMENT