Setiap kali pergi ke pusat beli belah, tentunya kita akan terserempak dengan mesin anak patung bukan? Mesin ini digelar sebagai "claw machine" atau "UFO Catcher". Mesin ini kebiasaannya menyediakan anak patung sebagai ganjaran sekiranya kita berjaya menyepitnya dan membawanya ke lubang khas.
Kedengaran cukup mudah, namun bagi mereka yang pernah mencubanya pasti mengakui betapa sukarnya untuk berjuang semata-mata demi sebuah anak patung comel yang terperangkap dalam kotak kaca! Pasti kita berasa seolah-olah seperti juara terutama jika kejayaan kita disaksikan oleh penonton yang berasa terpukau dan cemburu melihat kita berjaya mendapatkan sebuah anak patung. Untuk mendapatkan sebiji patung, bukan mudah. Ringgit demi ringgit dilaburkan. Token demi token dimasukkan. Oleh itu, penulis ingin berkongsi beberapa tips yang diambil daripada beberapa pemain handalan seperti Angel dan Crystal (daripada Channel Plush Time Wins), Ani Nurhayani (Youtuber Indonesia) dan Chen Zitong (pemain dari China yang memenangi 15,000 hadiah sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan). Tips berikut diadaptasi dan ditulis setelah dicuba sendiri oleh penulis (penulis berjaya mendapat lapan anak patung dalam masa setengah bulan dengan modal kurang RM100).
Yang pertama, pilih anak patung yang berhampiran dengan lubang. Anak patung begini lebih mudah untuk diangkat dan dijatuhkan ke dalam lubang. Jika terlepas dari sepitan, mungkin akan termelantun ke dalam lubang. Yang kedua, cuba untuk sepit di bahagian yang berat. Kebanyakan patung mempunyai kepala yang besar, oleh itu, cubalah sepit di bahagian kepala. Seterusnya, pilih patung yang berada dalam keadaan terlungkup kerana ia lebih mudah untuk diambil. Jangan memilih patung yang berada berdekatan antara satu sama lain, kerana mungkin penyepit anda tersangkut di patung bersebelahan dan merendahkan kebarangkalian untuk anda mengangkat patung tersebut. Jika sepit yang terdapat pada mesin tersebut tidak mampu menyepit langsung anak patung dalam tiga kali cubaan, sila tinggalkan mesin tersebut. Hal ini demikian kerana ada sesetengah mesin yang telah ditetapkan dengan tetapan tertentu. Ada mesin yang hanya akan menggenggam kuat pada setiap 20 kali percubaan (ditentukan oleh pemilik mesin yang tentunya mahukan lebih keuntungan). Hal ini diakui oleh Chen Zitong yang mengatakan ada dua jenis mesin, iaitu mesin yang telah ditetapkan dengan aturan tertentu dan mesin yang bergantung kepada kemahiran pemain. Oleh itu, jangan hanya fokus dan berhabis duit kepada satu-satu mesin. Selain itu, pilih mesin yang mempunyai banyak anak patung dan aras anak patungnya adalah lebih tinggi daripada lubang. Pilih juga mesin yang mempunyai kadar drop skill yang rendah iaitu mesin yang akan terus menggenggam kuat anak patung sehingga ia dijatuhkan ke dalam lubang (bukannya mesin yang menjatuhkan anak patung setiap kali ia berjaya disepit). Untuk mendapatkan anak patung, tidak dinafikan kita memerlukan kemahiran dan juga keberuntungan. Jangan panik semasa mengawal joystick dan jangan terlebih gembira setiap kali mesin berjaya menyepit anak patung. Kegembiraan sesaat biasanya membawa harapan palsu. Anda hanya boleh gembira sekiranya patung tersebut benar-benar telah jatuh ke dalam lubang! Anda boleh menonton Channel Youtube dengan kata carian "claw machine" untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan perasaan untuk mencuba. Jangan percaya dengan sebarang hacks kerana tidak ada sebarang teknik khas untuk menggodam mesin. Semuanya bergantung kepada kepakaran atau keberuntungan. Selamat mencuba! -CARI |
34
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
9
Sedih |
20
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT