CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Motor Menuju Balai Polis, Sambil Bawa Kepala Isteri Dalam Beg Plastik

13-9-2018 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4308| Komen: 18|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lelaki membawa kepala isterinya dalam beg plastik hitam selepas membunuhnya dengan sebilah parang.

Times of India melaporkan, Satish, 35 bertindak kejam selepas mengesyaki isterinya Roopa, 25 berlaku curang terhadapnya.


Jurucakap polis berkata, ”Pada mulanya, tiada sesiapa mempercayainya, tetapi setelah dia membuka beg ternyata terdapat kepala wanita di dalamnya.

”Dia meminta segelas air kerana letih dan dahaga. Setelah minum, dia berkata ingin menyerah diri dan memberitahu  bagaimana dia melakukan jenayah tersebut."

Difahamkan pasangan tersebut telah berkahwin sejak enam tahun lepas atas dasar cinta.


Namun 7 bulan kebelakangan mereka mengalami masalah rumah tangga sehingga memaksa isterinya membuat aduan di balai polis menyatakan yang suaminya tidak memberikan duit perbelanjaan untuk rumah dan dua anak mereka.

Semasa kejadian, suspek dan mangsa makan tenghari bersama-sama di sebuah gerai sebelum Roopa beredar terlebih dahulu dengan alasan mahu pulang ke rumah.

Namun bila Satish menelefon berulang kali, mangsa langsung tidak menjawab panggilan.

Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena Seorang lelaki membawa kepala isterinya dalam beg plastik hitam selepas membunuhnya dengan sebilah parang.

Dia kemudiaannya menjumpai Roopa sedang berbual dengan seorang lelaki berhampiran sebuah kilang dekat rumah mereka.

Berang melihatnya, Satish mengambil parang dan cuba membunuh lelaki tersebut namun dihalang oleh Roopa.

Satish terus mencekik isterinya menggunakan sari dan memotong kepalanya.

Lelaki tersebut berjaya melepaskan diri dengan beberapa kesan luka.

Kepala Roopa dimasukkan dalam beg plastik sebelum Satish membonceng motosikal menuju ke balai polis Ajjampura sejauh 20 kilometer. 

Polis menyatakan suspek langsung tidak menyesal malah sebaliknya masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh lelaki yang disyaki sebagai kekasih isterinya itu. -CARI
29

Bagus
46

Marah
43

Terkejut
31

Sedih
42

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (222 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 13-9-2018 09:59 AM
elok la ko bunuh bini ko, kalau ko bunuh lelaki tu bini ko gak yg untung.. ko dah tentu2 hukum mati
Quote EvieWanKenobi 13-9-2018 10:40 AM
dah terlambat nak dengar penjelasan isterinya..
Quote matkpop 13-9-2018 11:18 AM
headhunter
Quote fifie_olin 13-9-2018 11:31 AM
knp la smpi memenggal2...
Quote fox. 13-9-2018 11:34 AM
suspek langsung tidak merasa kesal akan perbuatannya itu malah dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh kekasih isterinya.

roy, roy, hati kau keras!
Quote Aerhys 13-9-2018 11:49 AM
Kalau semua wanita yg jadi mangsa curang suami melalui poligami bertindak macam lelaki ni sudah tentu kaum suami fikir dua tiga kali sebelum menyundal Patut belajar dengan kaum wanita yg boleh redha dicurang sampai bermadu tiga. Betapa tingginya tahap kesabaran mereka tuhan saja yg tahu. Lelaki India ni, no excuse pancung terus. Entah betul ke tidak isterinya curang. Haihh apalah nasib wanita India.
Quote gaara_X 13-9-2018 12:04 PM
india pun korang nak kecoh....hadoi....
Quote whadda 13-9-2018 12:08 PM
kalau suaminye bertanggungjawab awal2 bagi wang belanja keluarga tak jadi macam2 kot
Quote Artemesiaa 13-9-2018 12:10 PM
Kat India apa yang nak dihairankan banyak yang mental kat sana
Quote buapakperut 13-9-2018 12:11 PM
kadang pempuan curang memang layak di hukum. sama macam laki curang. ajar sikit, tapi sampai penggal2 haduii. geram sangat la tu
Quote supernaturalee 13-9-2018 12:24 PM
owh ni bkn sbb xmasak sambal belacan sampai nk berpancung2 ya



Quote ellZack 13-9-2018 12:31 PM
zulka replied at 13-9-2018 09:59 AM
elok la ko bunuh bini ko, kalau ko bunuh lelaki tu bini ko gak yg untung.. ko dah tentu2 hukum mati

Kan. At least dua dua tak dapat.


Quote tumpanglalu74 13-9-2018 12:37 PM
Video takleh main..  Baru je nak tengok drama tamil..
Quote jazaa100 13-9-2018 01:10 PM
Entah entah isteri dia nk pinjam duit nk beli susu anak.....dah dia tak bg duit belanja....

Quote Xixie 13-9-2018 01:12 PM
gila keeeeeeeeeeeeeeeeeee ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote Xixie 13-9-2018 01:13 PM
jazaa100 replied at 13-9-2018 01:10 PM
Entah entah isteri dia nk pinjam duit nk beli susu anak.....dah dia tak bg duit belanja....

xde tanggungjawab mcm itulah
Quote Foxey 13-9-2018 01:24 PM
Gosh! Gila ah. Marah takleh kawal
Quote supikan 25-9-2018 10:36 PM
Oh my.. this is scaryyy

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039739 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top