Berita paling menggemparkan peminat filem adiwira minggu ini ialah gosip mengatakan Henry Cavill akan melepaskan watak Superman berikutan kegagalan rundingan antara pihaknya dengan penerbit filem itu, DC Comics Inc.
Kredit Foto: Consequence of Sound Memetik laporan The Hollywood Report, kegagalan rundingan itu berpunca daripada keengganan Cavill untuk muncul sebagai watak kecil dalam filem Shazam!, juga terbitan DC. Sebagai balasan, DC mengugut untuk memutuskan kontrak Cavill untuk filem Superman yang akan datang. Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berkaitan perkara ini. Belum sempat kerusi panas Superman dikosongkan, peminat-peminat filem itu telah membuat pelbagai spekulasi dan cadangan tentang pengganti Cavill. Menurut People Magazine, antara calon-calon yang mendapat perhatian adalah; 1. Michael B. Jordan, 31
Menurut laman Deadline, Michael B Jordan adalah calon utama DC untuk menggantikan Cavill. Pelakon ini mempunyai banyak pengalaman dalam filem aksi, antaranya sebagai watak Killmonger dalam filem Black Panther terbitan Marvel. 2. Gerrett Hedlund, 34 Pelakon yang baru-baru ini membintangi filem pecah panggung Tron:Legacy juga disebut-sebut sebagai calon utama watak Superman berikutan punya potensi memukau peminat dengan karismanya. 3. Armie Hammer, 32 Armie pernah bekerja dengan Cavill dalam filemm The Man from U.N.C.L.E dan menjadi sebutan ramai berikutan lakonan berkualitinya dalam filem Call Me By Your Name tahun lalu. Kelebihan utamanya dikatakan kerana tubuh badannya yang ideal untuk watak Superman. 4. Taron Edgerton, 28 Pelakon dari United Kingdom ini mula menyinar dalam filem Kingsman. Baru menyelesaikan penggambaran untuk filem Robin Hood yang dijangka akan melonjakkan lagi popularitinya. 5. Oscar Isaac, 39 Dipuji kerana mutu lakonan dan sentiasa memecah panggung, Isaac dipilih peminat kerana wajahnya yang kacak jika memakai kacamata khas Superman. Walau bagaimanapun, pelakon ini terikat dengan siri filem Star Wars yang akan menganggu komitmennya dalam filem Superman jika terpilih nanti. 6. Matt Bomer, 40 Percayakah anda bahawa sebelum Cavill, Mat Bomer sebenarnya pelakon yang ditawarkan lebih dahulu untuk memegang watak Superman?. Pengarah Superman, Brett Ratner dikatakan telah memuktamadkan pemilihan Matt Bomer tetapi selepas perbincangan dengan penerbit, nama beliau digantikan. Adakah kali ini nasib akan menyebelahi beliau? 7. Henry Golding, 31 Masih panas dengan filem pecah panggung Crazy Rich Asian, Henry muncul lagi dalam filem A Simple Favor bersama Blake Lively. Henry menjadi sebutan peminat kerana wajah dan senyumannya yang mirip salah seorang pelakon asal Superman, Dean Cain. Anda pula bagaimana? Setuju dengan salah satu calon di atas atau ada cadangan lain? - CARI |
23
Bagus |
35
Marah |
28
Terkejut |
26
Sedih |
27
Lawak |
43
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
buragazz replied at 19-9-2018 01:14 PM
aku memang dari dulu sokong matt boomer sebab satu muka dia cross between Christopher reeve and henr ...
puccafan replied at 19-9-2018 01:33 PM
Confirm gayah la ye? I is sedih. Sebab sekarang tengok drama white collar. Dia berlakon... Suka sa ...
puccafan replied at 19-9-2018 01:33 PM
Confirm gayah la ye? I is sedih. Sebab sekarang tengok drama white collar. Dia berlakon... Suka sa ...
ADVERTISEMENT