Belum lagi reda kes yang melibatkan pernikahan di antara budak 11 tahun yang menjadi isteri ketiga peraih getah berusia 41 tahun, sebuah lagi kes yang serupa berlaku di Kelantan.
Kali ini ia melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 44 tahun, yang juga merupakan seorang anggota RELA. Menurut Berita Harian, perkahwinan tersebut mendapat kebenaran dari mahkamah syariah dan upacara akad nikah pasangan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Laut Tumpat pada Julai. Che Rahim Che Deraman, 60, bapa kepada remaja tersebut berkata, faktor kemiskinan menyebabkan dia membenarkan anak bongsunya itu berkahwin. Dia bersama isterinya, Mariam Hassan, dikenalkan dengan dengan lelaki tersebut melalui salah seorang daripada 13 anaknya. “Adik beradik yang lain semua sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan masing-masing dan kami juga mahukan yang terbaik buat beliau biarpun kami tahu dia masih di bawah umur.” “Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak hidup susah. Kami tidak mahu anak kami mengharungi kehidupan seperti yang kami lalui keika membesarkan 13 anak”. Tambah Che Rahim, dia hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM200-RM300 sahaja sebulan. "Walaupun lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, tapi dia sudah memohon untuk berpoligami dan telah mendapat kebenaran." Sementara itu, remaja tersebut bersetuju untuk berkahwin memandangkan dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak beberapa bulan lepas. “Saya tidak kisah apa anggapan orang terhadap saya. Yang penting, saya gembira bersama suami dan akan cuba membahagiakan dia sepanjang hidup saya,” katanya yang hanya bersekolah setakat tingkatan satu. -CARI
|
12
Bagus |
10
Marah |
21
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT