CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terbelit Lidah! Gelagat Nenek Ini Semasa Membaca Buku Kanak-Kanak Menghiburkan Netizen

19-9-2018 04:47 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 4666| Komen: 12|Original author: Oleh: CSuy

Sumber Foto: Scholastic/YouTube

"Kata kakakku, kuku kakiku kotor. Ku kikis-kikis kuku kakiku". Pernahkah anda bermain permainan perkataan pembelit lidah (tongue twister) seperti ini? Suatu masa dahulu, ia sejenis permainan perkataan yang agak popular di kalangan kanak-kanak. Gelihati melihatkan telatah mereka yang mudah "terbabas" sebutannya! 

Perasaan yang sama dialami oleh seorang wanita warga emas berbangsa Scot, Janice Clark. Beliau tidak mampu menahan gelak ketika membacakan sebuah buku cerita kanak-kanak yang telah menyelitkan elemen permainan perkataan pembelit lidah ini.

Sumber Foto: Laman sesawang Scholastic

Memetik sebuah artikel di Metro, pada permulaannya, Clark dapat membacakan buku yang berjudul Wonky Donky ini kepada cucunya dengan baik. Namun, semakin bertambah helaian halaman buku, semakin sukar pula sebutannya! Jom tonton gelagat Clark menerusi video berikut. 


Akhirnya Clark tidak berjaya menahan gelak ketawanya kerana merasakan kisah keldai tersebut terlalu mencuit hati. Malah kesukaran untuk menyebut ayat yang semakin kerap diulang dan semakin bertambah panjang itu menambahkan lagi deraian ketawa warga emas tersebut. Hei, penat nenek nak sebut tau!

Sumber Foto: Saluran YouTube The Scottish Granny

Metro turut melaporkan bahawa buku berjudul Wonky Donky yang pada asalnya telah diterbitkan pada tahun 2009 ini telah terjual sebanyak sejuta unit di seluruh dunia. Namun demikian, video yang menampilkan aksi Clark ini dikatakan telah menyebabkan buku ini laku keras sehingga kehabisan stok!

Sambutan yang di luar jangkaan terhadap buku kanak-kanak ini turut menyebabkan beberapa penjual di laman sesawang Amazon menawarkan naskhah-naskhah terpakai pada harga yang tidak masuk akal, iaitu melebihi 291 dolar! Hai, menangguk di air keruh nampaknya. 
  
Sumber Foto: Blog BooksForLittleHands
Bagi memenuhi permintaan yang mendadak terhadap buku ini, pengarangnya Craig Smith segera mengulang cetak 50,000 naskhah tambahan. Beliau turut mempertimbangkan untuk menambah bilangan cetakan di masa hadapan. Penambahan naskhah ini juga merupakan jalan penyelesaian kepada ibu bapa yang tidak sanggup berbelanja sehingga 300 dolar demi memiliki buku ini.

Apa yang istimewanya buku Wonky Donky ini? Rata-rata pengulas buku kanak-kanak ini mengakui bahawa ia melahirkan deraian ketawa setiap kali mereka membacanya. Ternyata bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa juga turut terhibur dengan pendekatan yang digunakan oleh buku ini. 

Kisah ini agak menarik hati penulis. Ini kerana di zaman gajet serba canggih, masih ada yang memilih untuk menyemai minat membaca di kalangan anak-anak kecil. Budaya membaca bersama anak atau cucu merupakan budaya yang memiliki banyak kelebihannya dan wajar dikekalkan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti membaca ini melahirkan kenangan-kenangan manis yang berkualiti bersama orang tersayang. Pasti ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 19-9-2018 05:06 PM
Bahahaha.... Aku tak tahan gelak sebab tengok nenek tu gelak {:laugh
Quote Artemesiaa 19-9-2018 05:47 PM
Kalau dah sampai tergeliat lidah nak menyebut pasti akan ketawa dibuatnya.  Tq ler granny sebabkan ini buku pun laku keras.
Quote 234126 19-9-2018 05:50 PM
Kelakar gila okay. Keluar jugak airmata gelak macam nenek tu hahahahaha
Quote lumie 19-9-2018 06:25 PM
Hahahahahahahhaahhaha.. Aku pn sama gelak siap kua airmata.. Hahahahahaa
Quote matkpop 19-9-2018 06:34 PM
hahah comel nenek ni
Quote munchkin 19-9-2018 06:51 PM
Tongue twister
Quote whitePoison 19-9-2018 08:54 PM
Hahahaha video tu boleh jadi kenangan bila baby tu dah besar..Bila dia tengok balik nenek dia berbelit2 lidah nak menyebut
Quote Foxey 19-9-2018 10:07 PM
kena cari buku nih...
Quote Daintymerry19 19-9-2018 10:45 PM
Hehe{:laugh
Quote Daintymerry19 20-9-2018 11:33 AM
Hehe..comel nye
Quote missDollie 20-9-2018 12:25 PM
Hahaha..adoi aku pun gelak sebab nenek ni gelak..cheerful sangat..
Quote kucing02 26-11-2018 05:27 PM
hahaha.. lucu n comel nenek ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066281 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top