10 pelajar lelaki asrama akhlak menjadi buruan polis selepas 'bolos' dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah, petang semalam, lapor BH Online.
Kejadian yang berlaku antara jam 5.30 petang hingga 9.00 malam itu disedari pembantu pegawai pembangunan masyarakat yang berada di asrama. "Suspek melarikan diri melalui pintu pagar bahagian belakang asrama dengan cara mengumpil pintu dan memotong pagar. "Semakan mendapati 10 tahanan telah hilang iaitu sembilan remaja warga tempatan dan seorang remaja warganegara Thailand," kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin.
Tambahnya, kesemua pelajar terbabit masih berpakaian baju-T berwarna biru dan merah. "Tahanan yang melarikan diri antaranya mempunyai tiga rekod dadah dan selebihnya rekod jenayah yang mana lapan daripadanya telah dijatuhkan hukuman manakala yang selebihnya masih dalam perbicaraan," katanya. Kes disiasat mengikut Sekyen 223/224 Kanun Keseksaan. - CARI
|
27
Bagus |
14
Marah |
25
Terkejut |
31
Sedih |
19
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT