Genetik dan faktor persekitaran dikatakan berkait rapat dengan kondisi Autisme. Dalam percubaan untuk memahami Autisme, tumpuan beberapa saintis kini semakin terarah kepada kajian genetik. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, "Genetik merupakan kajian mengenai keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tersebut dari satu generasi ke generasi lain melalui gen (gene)". Gen merupakan unit terkecil di dalam kromosom. Manusia memiliki 23 pasangan kromosom dalam setiap sel. Sehingga kini, para saintis berjaya mengaitkan ciri-ciri kondisi Autisme yang tertentu dengan beberapa mutasi gen yang berlaku pada sebahagian kromosom, seperti kromosom 7, 16 dan 22. Kajian berterusan masih dijalankan kerana berdasarkan laporan oleh The Havard Gazette, keadaan kromosom yang abnormal hanya dapat dikaitkan dengan bilangan peratusan kes Autisme yang amat kecil, iaitu sekadar 1 hingga 2 peratus dari 1.5 juta kes Autisme yang dilaporkan di Amerika Syarikat. Memetik artikel dari NewScientist pula, kajian terbaru menunjukkan para saintis berjaya menemui 100 gen yang boleh dikaitkan dengan Autisme. Kebarangkalian untuk seorang anak mewarisi Autisme melalui gen-gen ini dianggarkan berada di antara 60 hingga 90 peratus.
Penyelidikan ini masih di peringkat awal. Ini kerana para saintis menganggarkan bahawa sebenarnya, terdapat 400 hingga 1000 gen yang boleh dikaitkan dengan Autisme.
Pengarah Pusat Penyelidikan Autisme Universiti Cambridge, Simon Baron-Cohen menegaskan bahawa kajian genetik penting untuk memahami bagaimana gen-gen ini mempengaruhi kondisi Autisme seseorang.
Beliau menafikan bahawa maklumat sebegini akan digunakan untuk menghapuskan kondisi Autisme. Sebaliknya, ia berguna untuk membantu golongan yang berisiko supaya mendapatkan pengesanan Autisme dan bantuan lebih awal. Beliau merujuk kepada kemungkinan berlakunya situasi di mana maklumat mengenai gen-gen berisiko ini disalahgunakan untuk mengesan kandungan yang berpotensi untuk mendapat Autisme sewaktu di peringkat kehamilan, dan seterusnya membawa kepada pengguguran bayi tersebut. "Terdapat juga kebimbangan di mana kajian genetik sebegini akan melahirkan pendekatan kejuruteraan genetik untuk 'menormalkan' individu yang autistik. Sekali lagi, saya menzahirkan rasa terkejut, kerana aplikasi sains sebegini tidak menghormati hakikat bahawa individu autistik adalah berbeza secara neurologi, dan ini sepatutnya diterima sebagai salah satu kepelbagaian manusia sama seperti rambut, warna kulit dan mata, dominasi tangan dan orientasi seksual", ujar beliau. "Buat masa ini, para saintis menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat pengguna yang menjalankan pengujian DNA, 23andMe dengan meminta 80,000 pelanggan yang pernah menghantar sampel untuk menjalani ujian secara atas talian", ujar beliau lagi. Disebabkan itu, beliau berharap agar kerjasama bersama komuniti Autisme dapat diteruskan. Jika penyelidikan yang dijalankan tidak berjaya meyakinkan komuniti Autisme, ia akan mempengaruhi kelancaran penyelidikan. - CARI |
Sang_Pencinta replied at 25-9-2018 09:46 AM
Isu yang bagus tapi content tidak menjawab tajuk persoalan sepenuhnya.
buragazz replied at 26-9-2018 02:08 PM
Ada tak punca2 Autism dari makanan dan minumam.. ?
Sebab aku ada kawan perempuan dia ni dari kecik ...
buragazz replied at 26-9-2018 02:08 PM
Ada tak punca2 Autism dari makanan dan minumam.. ?
Sebab aku ada kawan perempuan dia ni dari kecik ...
nuralisa replied at 26-9-2018 02:55 PM
tak kena diabetic ke?
juruterra replied at 26-9-2018 03:16 PM
rasa mcm xde kena mengena dgn coke
juruterra replied at 26-9-2018 03:16 PM
rasa mcm xde kena mengena dgn coke
ADVERTISEMENT