Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim serta adiknya, Latiff ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan pengubahan wang haram.
Memetik laporan Sinar Harian, bekas pengerusi Tabung Haji itu dan adiknya akan dibawa ke mahkamah esok iaitu hari Rabu. 23 Mei lalu, sejumlah wang tunai bernilai RM500,000, 20 jam tangan dan beberapa barangan kemas telah disita selepas SPRM menyerbu kediaman dan pejabat Abdul Azeez Serbuan SPRM dilakukan kerana Azeez dikatakan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan projek di bawah seliaan kerajaan terdahulu bagi syarikat berkepentingan dengannya. Dakwa Azeez, wang berkenaan merupakan peruntukan Umno dan beberapa mata wang asing adalah dari Kelab Putera 1Malaysia (KP1M). Selain Abdul Azeez, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz turut kelihatan berada di bangunan SPRM itu seawal jam 9.30 pagi. Ini kali keempat Riza dipanggil memberi keterangan untuk dakwaan menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.- CARI |
22
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
23
Sedih |
27
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 25-9-2018 02:57 PM
kalau nk tau ni la tobby
ADVERTISEMENT