Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan tindakan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mencadangkan penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur.
Menurut Tuan Ibrahim, Khalid Samad tidak sepatutnya mengeluarkan cadangan sedemikian, sebaliknya mereka sepatutnya memberi fokus kepada penutupan lambakan premis rumah urut, pusat hiburan dan kilang haram di negara ini. “Ramai masih menunggu pengumuman Menteri Wilayah untuk mengarahkan kedai arak ditutup selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak baru-baru ini.
“Ini berikutan reaksi kilat Menteri Wilayah mengarahkan semua pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur ditutup kerana ada kes LGBT yang terlantik atau menyamar sebagai pengetua tahfiz melakukan jenayah seksual terhadap pelajarnya meskipun kes itu masih dalam proses pembicaraan. “Beliau sepatutnya memikirkan cara untuk membantu pusat pendidikan tidak berdaftar, seperti tahfiz yang mendidik dan beroperasi melahirkan ratusan anak muda berakhlak dan penuh dadanya dengan al-Quran. Bukan mencari alasan untuk menutupnya,” katanya dalam sebuah kenyataan seperti dipetik daripada Sinar Harian. - CARI |
11
Bagus |
15
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zidane_ziege replied at 26-9-2018 08:06 PM
Kedai arak tak berlesen pon boleh ditutup..
Register la..senang nk dipantau..
leylapple replied at 27-9-2018 09:04 AM
khen.....
simple logic pun takleh fikir....
roy3 replied at 26-9-2018 02:22 AM
Bile lobai divert isu nmpk benar bodo nye
DBKL shuts down tahfiz school in Kepong
FOTHER-MUCKER replied at 24-10-2018 01:47 AM
Lobai sememangnya telah di larirkan bodo!
ADVERTISEMENT