Memetik laporan Sinar Harian, penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin semalam tampil mohon maaf kepada masyarakat Sikh dan Datuk Seri Amar Singh berhubung kenyataannya tentang serban yang dipakai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
"Saya diberitahu bahawa serban Sikh adalah sesuatu yang sangat dihormati dan mereka tidak senang dengan sesiapa yang memperlekehkannya. Untuk itu, saya ingin memohon maaf secara ikhlas." "Saya juga memohon maaf kepada Amar Singh kerana walaupun saya tidak bersetuju dengannya, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina agamanya." Sebelum ini dilaporkan Amar Singh dan Raja Petra berbalah berhubung tuduhan polis mencuri RM43.4 juta wang rampasan dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Siasatan Jenayah itu menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan mencabar Raja Petra membuat laporan polis dan bukannya "bersemubunyi di sebalik tirai siber". Dalam jawapan balasnya kepada Amar, penulis blog itu kemudian menyentuh tentang serban Amar yang menurutnya "terlalu ketat sehingga menghalang peredaran darah ke otaknya". Kenyataan itu menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat Sikh dan laporan polis dibuat ke atas Raja Petra. Sementara itu, dalam kenyataan sama di blognya, Raja Petra turut memohon maaf kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh, serta peguam Amarjit Sidhu.- CARI |
27
Bagus |
37
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
32
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka
ADVERTISEMENT