Bagi penggiat seni yang ingin mengadakan persembahan di Terengganu wajar ambil perhatian tentang berita berikut.
Memetik laporan Malaysiakini yang ambil sumber daripada The Star, Jabatan Pelancongan Terengganu akan menguatkuasakan garis panduan baru yang membabitkan 11 peraturan untuk penganjuran persembahan pentas dan muzik. Antaranya acara persembahan pentas hanya boleh melibatkan penyanyi dan penari lelaki sahaja manakala persembahan penyanyi atau penari wanita hanya dibenarkan untuk tontonan wanita sahaja di tempat tertutup. Selain itu, percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan juga dilarang.
Akan tetapi persembahan kanak-kanak di antara lelaki dan perempuan di atas pentas adalah dibenarkan. Penganjur juga disyaratkan supaya memastikan para penonton lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak bercampur dengan bebas. Dalam pada itu, persembahan muzik hanya dibenarkan selepas solat Isyak dan tidak boleh melepasi jam 12 tengah malam. Persembahan pada waktu siang hari pula perlu tidak bertindih dengan waktu solat. Di samping itu, penganjur juga dilarang membuat persembahan pentas pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya.- CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT