Nampaknya rezeki Henry Golding di arena antarabangsa Hollywood makin mencurah-curah. Terbaru, Henry akan bergandingan bersama pemenang Oscar 2014, Matthew McConaughey dan aktres Kate Beckinsale di dalam filem Toff Guys. Toff Guys adalah sebuah filem aksi jenayah yang berkisar tentang dunia dadah, wang dan gangster. Ia mengisahkan tentang seorang taikun dadah yang berbangsa British ingin menjual seluruh empayarnya kepada seorang jutawan dari Oklahoma.
Toff Guys akan diarahkan oleh Guy Ritchie manakala skripnya ditulis bersama Marn Davies and Ivan Atkinson. Henry menerusi Instagram miliknya memaklumkan yang dia tidak sabar untuk bekerja di bawah arahan Guy. Selepas kejayaan Crazy Rich Asian, Henry telah membintangi filem the Simple Favour bergandingan bersama aktres Blake Lively dan Anna Kendrick. Lelaki berdarah kacukan Iban-Inggeris ini juga bakal muncul dengan dua lagi filem iaitu Monsoon dan Last Christmas. - CARI
|
21
Bagus |
16
Marah |
18
Terkejut |
23
Sedih |
26
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT