Hanya disebabkan lampinnya penuh, seorang kanak-kanak kurang upaya ditendang oleh pekerja nurseri. Insiden yang berlaku di Jukskei Park, Johannesburg, Afrika Selatan itu menyaksikan penjaga tersebut berang, berdiri di sebelah kanak-kanak tersebut yang terbaring di lantai.
The Mirror melaporkan, dia kemudiannya menghempuk beg sekolah yang berat ke muka kanak-kanak berkenaan sebelum menendang kepalanya. Malah dia turut berteriak, "Kamu bodoh!" Bagaimanapun kanak-kanak yang tidak boleh berjalan tersebut tidak menangis, sebaliknya hanya memandang wanita tersebut. Penjaga itu kemudiannya berteriak dengan mengatakan, "Datang sini saya nak bersihkan kamu." Dia kemudian memberitahu seorang rakan sekerja: "Saya dah suruh dia berhenti bergerak dan duduk diam-diam.
"Dia bodoh, dia faham apa yang saya kata, dia hanya buat-buat bodoh." Sementara itu dalam kejadian yang berasingan, pekerja yang sama itu dirakam memukul kepala budak perempuan tersebut ketika menukar lampinnya. Sumber media tempatan menyatakan, pekerja itu kini sudah pun dibuang kerja. Siasatan lanjut masih dijalankan. -CARI
|
18
Bagus |
31
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
35
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
highcastle replied at 12-10-2018 10:54 AM
Dah tau anak tu OKU kau nak anggap dia macam manusia normal. Siapa bodoh?
perantaulaman replied at 30-10-2018 03:59 PM
alahai makin berleluasa kes dera budak ni. kita yg ada anak2 ni pun naik takut nk tinggalkan anak dg ...
sofi88 replied at 31-10-2018 05:50 PM
Kat negara kita ni memang dah berleluasa teruk dah pun kes dera budak. Menurut statistik 2000 buda ...
ADVERTISEMENT