PASARAN hartanah di Pulau Pinang menjadi pilihan ramai pelabur dalam dan luar negara kerana kedudukan geografinya dan taraf kehidupan berkualiti di negeri itu. Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group Shaun Di Gregorio berkata, Pulau Pinang juga menjadi destinasi pilihan bagi penerima program Malaysia Rumah Keduaku, iaitu program yang menumpu kepada menarik warganegara luar untuk menetap di Malaysia. "Harga hartanah di selatan Pulau Pinang telah naik 20 peratus berbanding setahun lalu. "Negeri ini menjana nilai pelaburan yang baik kerana lokasi, konsep dan kualitinya," menurut Di Gregorio. Beliau berkata, Laporan Sentimen Pasaran Hartanah Asia keluaran iProperty.com bagi separuh kedua 2013 turut menunjukkan daripada 13,000 responden yang terlibat dalam tinjauan itu, 64 peratus memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama mereka di luar Lembah Klang. Menurutnya, dengan minat yang tinggi terhadap pasaran hartanah di negeri itu, iProperty memilih untuk menganjurkan pameran hartanah iProperty.com EXPO di Pusat Konvensyen Straits Quay, Pulau Pinang yang diyakininya akan membantu pelabur dan pembeli untuk mencari hartanah masing-masing. Ekspo itu akan berlangsung dari 13 hingga 15 September ini dan disertai pemaju hartanah terkemuka, pakar hartanah dan pembeli berminat.
|
6
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zull4rs posted on 13-9-2013 09:59 AM
Nak banding dengan KL, jauh kebelakang la Penang ni. Hartanah bleh lawan ke dengan prime area di Mon ...
ADVERTISEMENT