CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Buat Prank Tapi Kenapa Lelaki Ni Cantik Sangat Kalahkan Perempuan?

18-10-2018 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10194| Komen: 25|Original author: Oleh: Whitney


Kehidupan kita  akan menjadi sunyi, hambar dan bosan tanpa rakan-rakan dan orang sekeliling. Untuk mewujudkan kegembiraan dan keceriaan antara satu sama lain, sekali sekala perlulah berhibur dalam bentuk hiburan yang dibenarkan. Salah satu cara yang sudah menjadi trend ialah membuat prank. Prank atau kejutan sering dilakukan ketika ingin meraikan sesuatu contohnya hari lahir atau sekadar untuk bergurau dengan teman-teman rapat. 

Seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status dan gambar rakannya yang cuba berlakon untuk membuat prank kepada seorang rakannya yang lain. Rakannya yang merupakan seorang lelaki itu  telah menyamar menjadi seorang perempuan yang bertudung dan tidur disebelah rakan lelaki yang ingin dikenakan itu. Lucunya, lagak lelaki yang berpakaian seperti perempuan itu tidak ubah seperti perempuan tulen dan menarik perhatian ramai netizen yang melihat. 



Amboi, seronok ke tidur sebelah 'perempuan' tu?
Tengah tunggu, bila nak bangun tidur ni?

Mati-mati ingatkan perempuan

Ramai netizen yang pada mulanya beranggapan ‘wanita’ didalam gambar itu seorang perempuan tulen dan tidak menyangka ia sebenarnya seorang lelaki. Jika status twitter lelaki ini tidak memberitahu dia sebenarnya sedang berlakon untuk membuat prank, pasti ramai yang akan mengatakan dia seorang perempuan dan akan menimbulkan salah faham. Netizen masing-masing terhibur!

 Netizen wanita cemburu kenapa dia lagi cantik?

Kelakar juga apabila ramai netizen wanita yang cemburu dan berasa tergugat dengan kecantikan lelaki tersebut mengenakan tudung kepala. Netizen turut kagum kerana dia pandai memakai tudung bawal dengan begitu kemas. Maklumlah, tudung bawal agak leceh dipakai dan kaum wanita sendiri ada yang tidak mampu memakai tudung bawal dengan kemas dan terbentuk dengan elok di bahagian muka. 


Agak-agaknya, apa yang terjadi kepada rakan lelaki yang cuba di ‘prank’ itu? Pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat ada seorang perempuan yang sedang tidur disebelahnya dalam satu bilik. Apa-apa pun, tidak salah sekadar untuk bergurau dengan rakan-rakan tetapi janganlah pula terlalu melampau. Nanti lain pula jadinya. Asalnya ingin bergurau tetapi berakhir dengan perbalahan. Setuju tak? - CARI 

23

Bagus
28

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 18-10-2018 12:51 PM
helok juga hidung terletak. tak jambi air seperti kebanyakan playboya jdt. heols tidur dengan soket extension tu napa
Quote MsKathryn 18-10-2018 01:57 PM
Laa... ingatkn ponpuan
Quote meklalala 18-10-2018 02:00 PM
mula mula masuk thread ni mek was like ''ehh kenapa pulak ada gambar perempuan tidur'' tengok balik tajuk takut tersalah masuk thread..
Quote Artemesiaa 18-10-2018 02:39 PM
Gengaman tangahnya tu mengesahkan dia lelaki
Quote minguk 18-10-2018 05:24 PM
hahaah lawa!
Quote orgsepang 18-10-2018 09:49 PM
Tengok gambar memang ingatkan perempuan. Pasti dia ni lelaki yang kacak
Quote nishikido 18-10-2018 09:54 PM
Gambar mengiring tu betol2 nampak perempuan..cantik pulak 2..
Quote nishikido 18-10-2018 09:54 PM
orgsepang replied at 18-10-2018 09:49 PM
Tengok gambar memang ingatkan perempuan. Pasti dia ni lelaki yang kacak

Sajat pon cantikkk chuolls..kacak kah she? Hahaha
Quote orgsepang 18-10-2018 10:29 PM
nishikido replied at 18-10-2018 09:54 PM
Sajat pon cantikkk chuolls..kacak kah she? Hahaha

Pada akak sajat kacak juga tu yang akak sedih dia terpesong jauh. Kalau berniaga sebagai lelaki tak boleh ke?
Quote RatuDunia94 19-10-2018 04:48 AM
Heshe nk prank apa?
Quote puanbintang 19-10-2018 08:02 AM
sebijik macam perempuan..elok lawa kulitnya pon
Quote siape_aku 19-10-2018 08:08 AM
2x bace cerita ni pasal tak paham sape yg nak di prank sebenarnye.... hehehehe.... yg bertudung ni la yg tak tulen kan....hehehe
Quote rosa_canina 19-10-2018 08:46 AM
hehehe sabor jelh
gelabah member bangun tido nmpk pompuan kt sblh
Quote Foxey 19-10-2018 10:08 AM
fox pun ingat dia ni perempuan
Quote mieymiey 19-10-2018 10:27 AM
Tengah tido tu sebijik pompuan.
Tengah duduk mengadap member tu nampak la kelelakiannya.
Quote nishikido 19-10-2018 10:33 AM
orgsepang replied at 18-10-2018 10:29 PM
Pada akak sajat kacak juga tu yang akak sedih dia terpesong jauh. Kalau berniaga sebagai lelaki ta ...

She khunsa la kaka..bukan lelaki,bukan perempuan...jadi she amik jalan tengah,penampilan pompan tapi suara,muka jantan..gituhhh *sarcasm
Quote ipes2 19-10-2018 02:55 PM
oh, bukan perempuan rupa nya awek tu?
siap dgn getah rambut kat tangan

lawa la pulak
Quote ipes2 19-10-2018 02:56 PM
Artemesiaa replied at 18-10-2018 02:39 PM
Gengaman tangahnya tu mengesahkan dia lelaki

ye.
tu je nmpk urat2 veins kat tgn
Quote DyBBora2 19-10-2018 04:32 PM
teringin lak nk tengok budak ni versi lelaki tulen.. se-hensem lelaki ke se-ayu lelaki

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.109065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top