Rezeki, jodoh dan ajal semuanya dalam rahsia yang Maha Esa. Namun apabila remaja sekarang (Budak Baru Nak Up-BBNU) menjadikan soal jodoh hanya dengan meminta pendapat netizen, ia seolah-olah mempermainkan soal jodoh itu sendiri. Apatah lagi menyatakan jika ianya mendapat restu netizen dan ulang kicau (retweet-RT) dari warga Twitter lebih 5,000 RT, dia akan berkahwin dengan kawan baiknya itu. Status pelajar wanita tersebut telah tular di Twitter dan setakat artikel ini ditulis, jumlah RT telah meningkat pada 8,685. Hal ini membuatkan ramai netizen berasa marah kerana mempermainkan persoalan jodoh, seolah-olah bab nikah kahwin bergantung kepada penerimaan warga Twitter itu sendiri. Ada juga yang tidak percaya dengan status ini lalu menganggap ia sekadar mahu menarik perhatian ramai netizen dan menjadi popular semata-mata, namun dinafikan oleh empunya diri. Ramai yang menyarankan agar remaja ini membuat sesuatu perkara yang lebih berfaedah seperti solat istikharah, bertanyakan ibu bapa, mengenali hati budi dan tidak menghabiskan masa dengan membuat 'gempar' di laman media sosial sahaja. Malahan dek kerana status ini juga, segelintir netizen berandaian bahawa perkahwinan itu tidak akan berakhir dengan penceraian, ketika itulah, empunya diri akan menyalahkan warga netizen pula. "Tiada yang mustahil bagi Allah dalam dunia ini, istikharah bolah dijawab dengan pelbagai cara, siapa kita nak mempertikaikannya?" Itu jawapan Bajilah setelah diasak oleh ramai warga Twitter yang menganggap statusnya sekadar bergurau. Malahan dia yakin bahawa niatnya baik dan jika mendapat doa daripada netizen, kemungkinan itu juga yang ditentukan oleh qadak dan qadar. Biarpun permintaaanya agak pelik namun ada juga netizen yang menganggap perkara ini dari segi positif malahan menyeru rakan-rakan lain supaya mendoakan yang baik-baik. Seperti biasa, warga Twitter juga tidak gagal apabila menjadikan hal ini sebagai bahan jenaka. Tidak dapat dipastikan sama ada status ini sekadar bergurau lalu meraih populariti di kalangan netizen atau akan berkahwin berkat doa rakan Twitter. Bagaimanapun, seakan menjadi satu trend BBNU untuk berdoa di laman media sosial dan terbaharu membuat keputusan berdasarkan restu rakan di alam maya. Nampak mudah tapi sebenarnya semuanya ada pro dan kontra. Sama-sama kita nantikan kesudahan kisah kahwin atau tidak pasangan ini. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|