CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siti Nurhaliza Dikritik Kerana Tidak Layak Menyarung Jubah Dan Topi PhD?

22-10-2018 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 46570| Komen: 368|Original author: Oleh: Azza





Nampak comel ja Dato' Siti Nurhaliza mengenakan jubah dan topi konvo ketika majlis Istiadat Konvokesyen Aswara baru-baru ini. Ramai pengikutnya memuji busana tersebut yang tampak segak di tubuhnya. Bagaimanapun, ada pula komen netizen yang kurang menyenangkan lalu mengkritik Siti bahawa penyanyi itu tidak layak memakai jubah dan topi yang sebenarnya dikhaskan kepada graduan Doktor Falsafah (PhD) sahaja.

Hal ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengikutnya antara yang menghentam dan juga membela hingga membabitkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Siti 22 tahun dahulu.

Kredit foto: IG

"Tok Ti ada ijazah ke? Bukan kelulusan dia setakat SPM ja?

Segelintir netizen berpendapat Siti tidak layak memakai jubah tersebut kerana dianggap menghina doktor-doktor di luar sana yang berhempas pulas belajar semata-mata untuk menyarung jubah tersebut. Bagi mereka gelaran PhD tersebut terlalu tinggi jadi tidak semua layak menyarungnya dengan apa alasan sekalipun.

Bagaimanapun, mereka juga tidak menyalahkan Siti dalam hal ini kerana memahami busana tersebut disediakan oleh pihak Aswara sendiri. Justeru itu, pihak berkenaan hendaklah peka dengan situasi semasa dan bertindak menukarkan warna jubah tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.



Foto - IG


Bagaimanapun, apa yang lebih menyakitkan hati pengikut Siti ialah apabila ada netizen yang mengungkit kembali keputusan peperiksaan SPM Siti dan mendakwa Siti juga menipu media.


Hal ini membuatkan peminat Siti berasa marah dengan pendapat tersebut hingga mengecam mereka yang mengkritik ini.

Foto - IG


"Kalau nak tahu, CTDK ialah antara lembaga Pengarah Aswara, sebab tu dia layak pakai. Mana-mana Uni pun sama. Mereka tak perlu ada PhD pun untuk pakai baju ni ketika sidang konvokesyen."

Bagi peminat Siti, kritikan tersebut tidak relevan kerana Aswara sendiri adalah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Jadi tiada salahnya kerana Siti memang layak berada di pentas konvo tersebut atas tiket jasa dan pengalamannya dalam industrian nyanyian tanah air.

Mereka mengambil contoh jutawan Bill Gates yang diketahui tidak menghabiskan pelajaran di universiti tetapi disebabkan berjaya maka ramai universiti memberi pengiktirafan kepadanya.


Foto - IG

Mungkin isu sebenar adalah jubah yang dipakai Siti tidak sesuai kerana ia adalah jubah PhD. Bagaimanapun, apabila netizen saling berdebat antara satu sama lain, isu menjadi panjang hingga mengungkit keputusan peperiksaan Siti pada tahun 1996 serta kejayaan dua golongan antara komersial dan akademik. Diharapkan agar isu ini tidak dipanjangkan lagi dan boleh menerima pendapat orang lain dengan hati terbuka. - CARI 
27

Bagus
41

Marah
32

Terkejut
32

Sedih
55

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (216 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 22-10-2018 01:33 PM
Yang ada PHD/Master pun lom tentu boleh kecap apa yang dia ada sekarang ni..
Quote katilputih 22-10-2018 01:36 PM
Benda ni ada pro & cont. Tokti mgkin tak dpt mengharungi keperitan org2 nak dpt phd tu bersengkang mata perah otak ke sana sini nak buat viva dsb & org2 yg dpt phd ni pun belum tentu dpt harungi apa yg tokti buat dlm industri hiburan. Sama2 kena faham & respect.
Quote mandak20 22-10-2018 01:38 PM
Ai faham jer napa orang tak puas hati. Sedangkan nak dapat master dan phd tu kena ada publication, bentang conference sana sini, buat buku, lulus present research bagai.  
Quote Nenasketum 22-10-2018 01:44 PM
Si penyarung pun tak nyedar diri. Ramai lagi penggiat seni yang intellektual macam anak2 Rosnani Jamil, Adman Salleh, U wey. Amik acik dari felda, you get what you asked for la kan.
Quote kodoksilver 22-10-2018 01:51 PM
kihkihkihkih
Quote tupperwarepink 22-10-2018 02:02 PM
Gelak je Mak iti tengok netizen menghina dia, pangkat 2-3 ke SPM yang penting hidup dia senang kaya raya, xde la meratib dekat socmed
Quote jebatmaspunyer 22-10-2018 02:06 PM
Anugerah kategori terbaik dah boleh dikira sbg ijazah untuk tokti. usaha tokti untuk kekal relevant sepanjang kerjaya, penat jerih buat konsert, maintain kan suara & kos y dikeluarkan utk maintain penampilan dia tu dah berbaloi utk dia pakai jubah & topi tu..
Quote badai 22-10-2018 02:07 PM
layak je..
Quote jepp 22-10-2018 02:11 PM
Sebagai PhD holder, kaka OK ja ctdk pakai topi bulat.
Tetapi, mungkin yang lain tak OK. Yalah. nak buat PhD bukan senang.

Bagi kaka, kena tegur pengurusan aswara, mesti depa yang bagi kat ct utk pakai.
Quote sokmogitu 22-10-2018 02:15 PM
Tertanya2 juga apa aja input yg dia dah berikan kat rektor dan bod aswara setakat ni? Berdasarkan cara dia jadi juri kt BS hari tu aku sangsi dia boleh dtg dgn idea bombastik selari dgn standard tertiary aswara. But then again, maybe dia kt situ sbg penasihat je...in which aku rasa ada ramai lagi penggiat seni lain yg lebih senior layak utk duduk kt situ
Quote lonso 22-10-2018 02:19 PM
Memang pun..mana boleh pakai board mortar tu sesuka hati..salah disisi akademik dan tidak.menghormati org dpt phd yg susah payah
Quote tagas 22-10-2018 02:41 PM
Siti berjubah bertopi phd bagai

korang yg panass
Quote lasagna 22-10-2018 02:48 PM
susah nk determine part ni.. tp tu lah.. sedangkan arwah dato jins pun gigh buat walaupun umur dah lanjut.. yg menerima tu pun tadah jer sbb org dah bg..
Quote eddysheddy 22-10-2018 02:52 PM
For your information.. siti ialah salah seorang yg telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah aswara.. dan bukan siti seorang saje.. rashid sibir dan a rahman hassan juga pakai jubah dan bertopi itew

So tolong hencap tiga2 yach baru adil.. hehe
Quote doubleA 22-10-2018 02:53 PM
Rajinnya netizen bergaduh sana sini justify macam2. Dah aswara yang bagi question them then
Quote seri_mawr 22-10-2018 02:55 PM
tapi dia sarung jubah ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) kot...bg aku no issued...

lain la dia sarung jubah USM ke..UM ke....
Quote eddysheddy 22-10-2018 02:56 PM
Ala.. apa nak kisah sgt.. esok mati samua org pakai kain kafan.

Org pakai jubah pun nak dengki. Gitchew
Quote skinsandstars 22-10-2018 03:07 PM
I have nothing against siti tapi peminat dia yang samakan dia ngan bill gates tu... like wtf? Seriously?
Quote lazim 22-10-2018 03:11 PM
eddy masukkk sini plkkk oiii

aku xkisah la spm tu gred brapa. asalkan dia blh bg input pada ilmu. ni nak menjuri pon terkemut. lepas dia jadi juri aku bru tau dia cuma pndai nyanyi jah. teknikal smua xda ilmu. so agak xlayak pakai topi bulat. sheols ala2 layak pakai songkok jah kalau lelaki

Lihat semua komen(368)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top