CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bala Di Palu Tanda Kemurkaan Allah Terhadap LGBT

23-10-2018 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2505| Komen: 18

Ketua pembangkang Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini adalah balasan Tuhan terhadap aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).


Memetik MalaysiaKini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, bala yang menimpa kawasan berkenaan adalah tanda kemurkaan Allah terhadap pembabitan lebih 1,000 orang dengan aktiviti LGBT.

Zahid turut menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi LGBT di Malaysia.

"Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami.

"Dikhabarkan terdapat lebih daripada seribu di kalangan mereka terlibat dalam aktiviti yang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.



Kredit foto: MalaysiaKini

Zahid juga mempersoalkan pendirian kerajaan terhadap golongan itu di negara ini.

"Sejauh mana keberkesanan program mukhayyam (mendekati golongan LGBT dengan menekankan aspek kerohanian) dilaksanakan Jakim untuk mengelakkan hukuman Allah kepada rakyat Malaysia keseluruhan termasuk mereka yang menolak LGBT?" soalnya.

Menjawab soalan itu, Mujahid berkata Malaysia sama sekali menolak LGBT, sama seperti lebih 70 negara lain di dunia.

Sementara itu, FMT melaporkan, Mujahid ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bala hanya menimpa dengan izin Allah.

“Kalau kaji ayat-ayat al-Quran mengenai kaum-kaum yang dihancurkan dulu kerana amalan mereka, perbuatan mereka terlalu terserlah, tak segan silu buat secara terbuka. Maka, itulah diturunkan bala.

“Keadaan kita ini, isu LGBT walaupun permasalahan masih dalam kawalan, tak mudah buat contoh dan timpa bala. Kita perlu bincang bagaimana menanganinya supaya perkara mungkar tak berleluasa,” katanya. - CARI
10

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
16

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 23-10-2018 02:15 PM
buat ketawa org je

ulama shia pula kata berpakaian xsenonoh dan maksiat mengakibatkan gempa bumi
Quote namirulmukminin 23-10-2018 02:18 PM
AbukRokok replied at 23-10-2018 02:15 PM
buat ketawa org je

ulama shia pula kata berpakaian xsenonoh dan maksiat mengakibatkan gempa bumi  ...

Ulama Indon plak kata LGBT tu ialah :
L = Lengser (tanah runtuh)
G = Gempa
B = Banjir
T = Tsunami / Taufan

Jadi LGBT tu adalah pelengkap kepada segala bentuk bencana alam... Jadi kalu taknak kena bencana tu semua, tolak LGBT!!


Quote DennisTrillo 23-10-2018 09:06 PM
namirulmukminin: Ulama Indon plak kata LGBT tu ialah = Lengser (tanah runtuh)G = GempaB = BanjirT = Tsunami / TaufanJadi LGBT tu adalah pelengkap kepada segala bent ...

Sokong♂
Quote marvelez 23-10-2018 09:11 PM
Macam mana lah dia ni boleh jd TPM dulu . Memalukan je. Padahal dia sendiri berketurunan dari Indon
Quote Aerhys 23-10-2018 09:19 PM
Tak kan lgbt sahaja kena turun bala? Malaysia yg corrupt dan rasuah berleluasa atau ambil contoh india yg terkenal dgn kes rogol dan menindas kaum wanita tuhan tak mahu turunkan bala kah? Israel yg dikatakan kejam menindas rakyat palestin masih aman2 saja sampai ke hari ini. Begitu selektif ya bala tuhan?
Quote kibodwatriuh 23-10-2018 09:22 PM
Bala kat Malaysia bila ada pemerintah haprak macam Zahid ni.
Quote Decaffeinated 23-10-2018 10:07 PM
Nasib baiklah dia cepat tunjuk belang....

Selamat negaraku....

Speechless....

Quote cha-cha 23-10-2018 10:12 PM
Oh please.. move on...
Quote clarizsa 23-10-2018 10:13 PM
Tiba2 plak kannn
Selama ni msa umno berkuasa apsal senyap je
Quote sharlenetexas 23-10-2018 10:24 PM
Macamana pulak dengan orang yg "tersilap" swipe kad kredit. Tgh tunggu bala ke?
Quote kiambang 23-10-2018 10:34 PM
baik diam je dari merapu ..
Quote slavehunter 23-10-2018 10:54 PM
Curi duit tak kena bala pulak?
Quote Sugatae 24-10-2018 02:13 AM
Nak alih perhatian la tu dari isu dia? Curi duit rakyat, menindas rakyat...ko tak takut plak bala dari Tuhan zahid?
Quote cmf_shalom 24-10-2018 07:08 AM
Bala malaysia dpt pemimpin mcm dia x nk ungkit ke
Quote cmf_shalom 24-10-2018 10:25 AM
Aerhys replied at 23-10-2018 09:19 PM
Tak kan lgbt sahaja kena turun bala? Malaysia yg corrupt dan rasuah berleluasa atau ambil contoh ind ...

Kt malaysia ni musuh utama tuhan adalah LGBT kot...

Huntung la  ahli politik yg korup...

Ak tgk.. Isu LGBT ini telah  dijadikan modal politik sebenarnya...

Dan kita mheret tuhan ke agenda peribadi kita

Quote Aerhys 24-10-2018 05:31 PM
cmf_shalom replied at 24-10-2018 10:25 AM
Kt malaysia ni musuh utama tuhan adalah LGBT kot...

Huntung la  ahli politik yg korup...

Exactly. Kecoh seolah olah lgbt ni segala punca apocalypse dan kiamat gitu. Padahal pemimpin corrupt dan menindas hak rakyat aman2 saja ada di mana2. Kerosakan di muka bumi terjadi kerana tangan2 rakus manusia tamak haloba jua. Bukankah malaikat dan iblis pun mempersoalkan penciptaan adam kerana kaum sebelum adam telah melakukan kerosakan di bumi. Tetapi isu lgbt pula yg diungkit ungkit sebagai punca segala bala. Mungkin betullah kata shalom isu lgbt dijadikan modal politik saja untuk menghentam satu pihak dan mengaburi mata rakyat dari kes2 rasuah dan korupsi mereka.
Quote FOTHER-MUCKER 25-10-2018 07:26 AM
only an idiot believes God goes around causing natural disasters and killing thousands of random people because he's upset with the actions of a minority group of gay people!
Quote kopokleko 25-10-2018 09:41 AM
Tak baik la wak jahit ni. kesian la geng kunyit, diorang cuma suka kunyit je, asam keping diorang x suka
tu yang sampai sanggup jadi Etis.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.054087 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top