Teknologi paling canggih yang pernah digunakan berjaya menarik keluar kapal karam yang tertua di dunia dari kedalaman Laut Hitam. Sky News menyatakan, kapal yang digunakan pada zaman Greek dan Rom itu masih berada dalam keadaan yang elok, seolah-olah baru semalam karam.
Kapal yang berjaya diangkat itu adalah kejayaan daripada penyelidiakan Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam. Karbon yang ada pada kapal mencadangkan yang ianya bertarikh 500 sebelum masihi dan dipercayai sebagai kapal tertua berusia 2500 tahun. Dr Kroum Batchvarov, pakar yang terlibat dalam projek berkenaan berkata : “Kami memiliki struktur kapal yang lengkap dengan tiang yang masih lagi berdiri dan alat kemudi yang terletak pada tempatnya.
“Ia adalah satu penemuan yang menakjubkan dan ia adalah yang pertama seumpamanya.” Kapal tersebut masih terpelihara dengan baik kerana Laut Hitam tidak mempunyai oksigen. Tulang ikan ‘monkfish’ yang dimakan oleh orang Rom masih dalam keadaan baik di atas dek. Projek Laut Hitam tersebut adalah penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun yang dipimpin oleh institusi antarabangsa termasuk Universiti Southampton. Mereka meneroka perubahan Laut Hitam dan bagaimana ia telah mempengaruhi tamadun manusia. -CARI
|
10
Bagus |
17
Marah |
20
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 24-10-2018 09:30 AM
Agaknya kayu apa la yang digunakan untuk membina kapal ni? 2500 tahun dah berlalu namun masih utuh.
c===8 replied at 24-10-2018 09:47 AM
Disebabkan Laut Hitam tidak mempunyai oksigen, kapal tersebut masih terpelihara dengan baik sehing ...
ADVERTISEMENT