Sekurang-kurangnya 20 mangsa cedera apabila eskalator di stesen kereta api bawah tanah di tengah bandar raya Rome mengalami keruntuhan semalam kira-kira pada jam 7.45 malam waktu tempatan.
Utusan Online melaporkan, terdapat seorang mangsa mengalami cedera parah selepas kakinya tersepit di dalam tangga bergerak yang runtuh itu. Video mengenai insiden berkenaan menunjukkan eskalator di Stesen Metro itu tiba-tiba bergerak dengan laju ke bawah ketika puluhan penumpang berada di atasnya. Kejadian berkenaan menyebabkan orang ramai yang berada di tangga bergerak itu jatuh bertimpa di atas satu sama lain sambil kedengaran bunyi jeritan setibanya mereka di bahagian bawah eskalator terbabit.
Menurut saksi kejadian, kebanyakan peminat bola sepak dipercayai mabuk, selain melompat dan menari di eskalator berkenaan, sebelum ia runtuh, namun penyokong terbabit menafikan dakwaan itu. “Kami akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan bantuan sewajarnya akan diberikan kepada semua mangsa yang cedera serta keluarga mereka,” kata Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi yang sempat membuat tinjauan di lokasi kejadian. Insiden itu berlaku satu jam sebelum bermulanya pertandingan sepak bola Liga Juara-Juara yang membabitkan pasukan Roma, Itali dan kelab Russia, CSKA Moscow. Peminat bola sepak Russia dilaporkan menuju ke stesen metro itu yang menghubungkan mereka dengan stesen kereta api untuk ke stadium terbabit.- CARI |
23
Bagus |
27
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT