Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima sokongan padu daripada para netizen berikutan keputusan beliau mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Hari ini, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak sah setelah mempertimbangkan petisyen yang difailkan oleh calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Streram Sinnasamy. Timbalan Presiden UMNO itu menyatakan keputusan untuk mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya sejak 2014 menerusi laman Facebook Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.
Seorang netizen, Ros Adila Abu Kassim mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Mohamad yang lebih terkenal dengan gelaran 'Tok Mat'. "Kepimpinan Dato' Seri tetap di hati kami. Teruskan melangkah dengan yakin dan gagah...Allah sentiasa bersama mereka yang benar. Insya-Allah," katanya melalui ruangan komen dalam laman Facebook berkenaan. Sementara itu, Muhd Faidhi Esa berpandangan, ahli-ahli PH juga akan menyokong Mohamad kerana beliau mempunyai keperibadian yang baik. Seorang lagi netizen, Zamir Zahran menyifatkan pilihan raya kecil DUN Rantau sebagai pentas terbaik untuk membuktikan masa ada sinar harapan untuk Barisan Nasional (BN). Memetik laporan Utusan Online hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Mohamad menang tanpa bertanding di kerusi DUN Rantau pada hari penamaan calon PRU-14 28 April lalu. Pengumuman itu dibuat ekoran kegagalan Streram mengemukakan borang penerimaan calon selepas tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan calon atas alasan tidak menunjukkan pas SPR. Streram seterusnya memfailkan petisyen di mahkamah pada 23 Mei lalu bagi mencabar keputusan tersebut. - CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
23
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT