CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Apa Tunggu Lama-lama? Raja Ilya Nikah 23 Disember Ini!

19-11-2018 03:52 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 34562| Komen: 210|Original author: Oleh: Ain

"Bakal suami mahu mempercepatkan perkahwinan dan memilih 23 Disember depan. Kami sudah lama bersedia, usia pun bukan muda lagi, jadi untuk apa kami tunggu lama?"


Wah, cepatnya Raja Ilya mahu melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Australia yang dikenali sebagai TWG!


Kredit foto: IG Raja Ilya

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, akad nikah bakal dilangsungkan di kediaman bakal mentuanya di Perth, Australia dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Manakala, majlis resepsi akan diadakan di Australia dan Malaysia pada tahun depan.

Memetik BH Online, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad dilamar ahli perniagaan berusia 37 tahun itu selepas enam tahun menjalin hubungan cinta jarak jauh.




Difahamkan, TGW melamar Raja Ilya pada pertemuan kedua mereka sebelum mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di Langkawi.

Mengikut perancangan awal, mereka akan disatukan dua tahun lagi, namun berubah fikiran untuk mempercepatkannya.

"Kemudian, kami berubah fikiran mahu berkahwin dalam tempoh setahun. Bagaimanapun, apabila memikirkan semula, tiada sebab untuk kami menangguhkannya.

"Bagaimanapun, keputusan berkahwin bukan dilakukan secara tergesa-gesa. Kami sudah membuat perancangan sejak beberapa bulan lalu," katanya kepada BH Online.



Menurut Raja Ilya, segala persiapan perkahwinan dilakukan sepenuhnya bakal suami dan keluarganya di Perth dan mereka hanya berbincang untuk urusan perkahwinan menerusi panggilan video.

"Saya pilih cincin perkahwinan menerusi panggilan video. Insya-Allah saya dan keluarga akan berlepas ke Perth, tiga hari sebelum majlis pernikahan," katanya.

Bagaimanapun, majlis resepsi akan diadakan di Perth sebelum di Malaysia, tahun depan pada tarikh yang belum ditentukan berikutan jadual penggambarannya yang padat.

Raja Ilya juga bakal menyambung pengajian di bawah geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Perth pada pertengahan tahun depan.

"Mungkin selepas itu barulah saya sempat memikirkan majlis resepsi," jelasnya.

Wah, tahniah diucapkan kepada Raja Ilya dan bakal suami. Tak sabar menunggu majlisnya berlangsung nanti! - CARI
37

Bagus
32

Marah
28

Terkejut
23

Sedih
35

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (182 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ketypurry 19-11-2018 04:02 PM
Kalau betul tahniah la
Quote besarkecik 19-11-2018 04:54 PM
Kedot nya tangan
Quote azwanaliori 19-11-2018 05:13 PM
Emm mamat tu akan convert ke x.. Sbb tgok gaya mcm org kuat agama Kristian?
Quote Tweety_Senrose 19-11-2018 05:54 PM
Ketiak jgn lupa scrub sebelum nikah
Quote Redhead 19-11-2018 07:05 PM
Jgn cerita nikah ni pun kau membohong sudah la.. cukup2 la smua kena kencing psal marvel kau tu..
Quote azwanaliori 19-11-2018 07:05 PM
Tweety_Senrose: Ketiak jgn lupa scrub sebelum nikah


Mat saleh x kisah sgt kot kalau x ketiak x putih mulus gebus mcm fetish org malay yg ajet2 perfectionist nk mati
Quote azwanaliori 19-11-2018 07:06 PM
Redhead: Jgn cerita nikah ni pun kau membohong sudah la.. cukup2 la smua kena kencing psal marvel kau tu..


Dah tgok ig tunang nye mmg wujud dan xtipu.
Quote Redhead 19-11-2018 07:44 PM
azwanaliori replied at 19-11-2018 07:06 PM
Dah tgok ig tunang nye mmg wujud dan xtipu.

At last ada jugak benda tak bohong psal dia ni tp still takmau pcaya until 23rd.. lps nikah duduk rumah diam2 ye Ilya..
Quote bedahmenjuyah 19-11-2018 07:59 PM
Tahniah in advance. Kenapa semuanya di perth? Sini takde kadi ke?
Quote whitePoison 19-11-2018 09:14 PM
Kalau betul tahniah..
Quote debab76 19-11-2018 09:20 PM
meols tunggu video nikah sajork
Quote RatuDunia94 19-11-2018 10:54 PM
Iols lbh tertarik dengan..

Raja Ilya juga bakal menyambung pengajian di bawah geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Perth pada pertengahan tahun depan.
Quote monsterwife 20-11-2018 10:04 AM
Kwin civil ke sebab tu buat kat sana?laki convert ke tak?
Quote Yeehaw 20-11-2018 10:32 AM
Kalau betul, tahniahhhhh.
Quote pearl.silver 20-11-2018 03:16 PM
Edited by pearl.silver at 20-11-2018 03:18 PM

Agak pelik la
Perkahwinan cara islam yg diuruskn sepenuhnya oleh org kristian
Nampak macam ilya ni dikontrol laki tu plak
Quote Bujat 20-11-2018 03:31 PM
pearl.silver replied at 20-11-2018 03:16 PM
Agak pelik la
Perkahwinan cara islam yg diuruskn sepenuhnya oleh org kristian
Nampak macam ilya ni ...

Asal berlakikan kokesen siap konsepnya sis. Agama tolak tepi
Quote chicozinn 21-11-2018 09:39 AM
dah kenapa dah xde kadi yg free ke time 23-12 tu kaka ramilah??takkan la sume meleis kawen tarikh tu smpai xde slot kosong untuk sumbat kaka ramilah punya majlis??fishy sgt akad nikah kat oz..
Quote miemiecha 21-11-2018 10:15 AM
mek dua kli scrool..
baca nama laki tu TMG
TMG = TUNAS MANJA GROUP
cepat nk kawen, moga d permudahkan
Quote shida81 21-11-2018 10:52 AM
elok la nk di percepatkan.... bende baik.... achik2 bawang mesti da siap calculator

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.096418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top