Seorang lelaki dipercayai meletakkan bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh terhadap Datuk Salahuddin Ayub ditahan reman hingga Jumaat ini.
Memetik Harian Metro, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menerima ugutan berkenaan di depan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar pada Ahad lalu. "Suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam. Siasatan awal mendapati suspek berbuat demikian selepas berang permohonannya meminta bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditolak.
Difahamkan, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram tiada di pejabatnya ketika kejadian berlaku. Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan Salahuddin tidak menyangka polis memandang serius kejadian terbabit. “Padanya terdapat sekeping kertas mengugut bunuh saya dan laporan polis telah dibuat. “Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas seorang menteri,” katanya kepada Malaysia Dateline. Bagaimanapun, sumber MalaysiaKini berkata, punca kematian bangkai haiwan itu masih belum dikenal pasti. "Tapi bangkai lembu itu pun kita tidak tahu, sama ada dilanggar atau dibunuh, sebab veterinar punya forensik tak keluarkan kenyataan lagi," katanya. - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miemiecha replied at 6-12-2018 03:59 PM
xdan wat qurban itu lembu, dah d korbankan sesia d depan pintu.. adoiii
Beautifulliar. replied at 7-12-2018 08:17 AM
Lembu seko mhl.rugi je klo dimatikan sesia gitu.Klo jual dpt duit xyh mintak2 loan lg
ADVERTISEMENT