CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Palsukan Kehilangan Anak Untuk Uji Kesetiaan Suami

6-12-2018 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3726| Komen: 26

Polis menahan seorang wanita selepas memalsukan kehilangan anak lelakinya berusia 11 tahun untuk menguji kasih sayang suaminya terhadap keluarga mereka.



Memetik Shanghaiist, suspek berusia 33 tahun itu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di bandar Yueqing di wilayah Zhejiang, China pada tengah hari Jumaat lalu.

Berita kehilangan kanak-kanak itu tersebar dengan cepat di media sosial selepas wanita terbabit berkongsi gambar anaknya yang hilang dan meminta bantuan orang ramai untuk untuk mencarinya. Malah, dia itu juga kononnya menawarkan ganjaran sebanyak 500,000 yuan (RM303,000).



Selepas lima hari mencari, kanak-kanak itu dilaporkan 'ditemui' pada petang Isnin.

Polis dalam satu kenyataan pada keesokan harinya berkata, wanita itu menyembunyikan anaknya di dalam sebuah kenderaan selepas dia pulang dari sekolah pada Jumaat lalu.

Kanak-kanak itu diberi makan dan diberitahu supaya mendiamkan diri di dalam kenderaan berkenaan sebelum dibawa ke sebuah kampung berhampiran.

Wanita itu mengakui memalsukan kehilangan anaknya untuk menguji kasih sayang dan kesetiaan suaminya pada keluarga mereka.

Difahamkan, suaminya bekerja di sebuah bandar dan baru-baru ini, pasangan itu dikatakan mengalami gejolak rumah tangga.


Kredit foto: Shanghaiist

Ternyata, kejadian itu membuktikan kasih sayang suaminya terhadap anak mereka.

Dalam satu temu bual sebelum kanak-kanak itu ditemui, lelaki berkenaan kelihatan tidak terurus dan berkata kepada wartawan bahawa dia kekurangan tidur kerana mencari anaknya selama empat hari tanpa henti.

Wanita terbabit ditahan atas tuduhan sengaja membuat dan menyebarkan maklumat palsu. Pihak polis berkata, mereka telah membazir masa dan sumber bagi sebuah misi pencarian yang sia-sia. - CARI
19

Bagus
17

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Malaysia.Doom 6-12-2018 12:00 PM
Tak pasal2 ko masuk lokap. Laki ko cari betina lain.
Quote bangcak 6-12-2018 12:03 PM
bini tu sepatutnya cari somi penganggur supaya bleh tumpu sepenuh perhatian.  
Quote Spicymami 6-12-2018 12:26 PM
Kenapa ko ilang kan anak kau, nk uji cinta laki ko patut ko la ilangkan diri sndiri
Quote eLiaD 6-12-2018 01:28 PM
drama sangat mcm tgh tengok drama Hong Kong kt astrok
Quote prettyuglybabe 6-12-2018 01:36 PM
padan la nak kena cerai
Quote duri_durians 6-12-2018 02:42 PM
jinjang belah sana mmg jenis otak mereng ek?

pentingkan diri sendiri dan tak kisah perbuatan mereka menyusahkan orang.
Quote shailyvelera 6-12-2018 02:46 PM
apa punya pesen la ko ni...merepek2, hilang anak tu betol2 baru tau.
Quote boslava 6-12-2018 02:51 PM
macam la sendiri tu setia sangat

ntah2 berpuluh jantan kau pasang online.

Quote Nurul8001 6-12-2018 02:53 PM
bangcak replied at 6-12-2018 12:03 PM
bini tu sepatutnya cari somi penganggur supaya bleh tumpu sepenuh perhatian.

Komen ni kelakar..
Tp betul jugak, agak agakla nak dapat perhatian pun.
Suami g bekerja, support la suami tu dgn cara tidak memeningkan kepala suami
Quote cikgujun 6-12-2018 02:57 PM
Kat US dulu memang ada case mcm ni, true story
Mak upah orang culik anak utk mendapat perhatian suami, nk minta suami balik pada keluarga
End up, anak tu mati sebab pergelutan dgn penculik
Mak end up kene jailed
Laki kawin lain buat anak lain (p/s: ini tambahan,exaggeration je)
Quote Elle_mujigae 6-12-2018 03:03 PM
Kita org perempuan bila tak dpt perhatian org yg tersayang,mmg lain mcm sikit perangai yg akan keluar cuz fitrah, we love attention..baby look at me look at me..
Haha..
Quote Malaysia.Doom 6-12-2018 03:06 PM
Elle_mujigae replied at 6-12-2018 03:03 PM
Kita org perempuan bila tak dpt perhatian org yg tersayang,mmg lain mcm sikit perangai yg akan kelua ...

Bila masa nak gi kerja?
Quote Elle_mujigae 6-12-2018 03:19 PM
Malaysia.Doom replied at 6-12-2018 03:06 PM
Bila masa nak gi kerja?

Lelaki ni..asyik fikir kerja je...kerja kerja kerjaaaaa...
Quote bangcak 6-12-2018 03:21 PM
Nurul8001 replied at 6-12-2018 02:53 PM
Komen ni kelakar..
Tp betul jugak, agak agakla nak dapat perhatian pun.
Suami g bekerja, support ...

so, bagi yg blom kawen tu pikir2kan la. nak cari pasangan yg caner...

nak cari yg berjawatan tinggi, berkot, keta besar
atau
cukup sekadar mampu bawak uol merempit jalan2 makan angin.


[fbv]300471074098346[/fbv]

Quote idayusoff 6-12-2018 03:26 PM
xde keje..cari keje..apeee laaa...
Quote boslava 6-12-2018 03:28 PM
bangcak replied at 6-12-2018 03:21 PM
so, bagi yg blom kawen tu pikir2kan la. nak cari pasangan yg caner...

nak cari yg berjawatan ti ...

yg islam tu, wajib cari pasangan islam.

jangan kawin dgn DAP.


Quote onexox97 6-12-2018 03:48 PM
umur 22 tahun dia beranak
Quote abangadek 6-12-2018 04:06 PM
kalau i polis i dh lempang sedas.. nyusahkan org betul
Quote Malaysia.Doom 6-12-2018 05:39 PM
Elle_mujigae replied at 6-12-2018 03:19 PM
Lelaki ni..asyik fikir kerja je...kerja kerja kerjaaaaa...

Kalau kau tak kerja mesti minta ceraikan katanya biawak hidup pulak.

Nemang betul la dengan pompuan semua serba tak kena.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055233 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top