Setiap tahun, ribuan graduan menamatkan pengajian di seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Senario ini telah meningkatkan persaingan dalam kalangan mereka untuk mendapatkan pekerjaan kerana calon yang memohon pekerjaan begitu ramai sedangkan kekosongan jawatan begitu terhad.
Tidak dinafikan, ada graduan yang bernasib baik kerana mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang menganggur atau terpaksa bekerja dalam bidang yang lebih rendah daripada kelayakan mereka. Bagaimana pun, adakah mendapat pointer atau CGPA yang lebih tinggi dapat menjamin graduan mendapat pekerjaan? Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak bersetuju dengan status seorang pengguna twitter lain yang mengatakan bahawa pointer yang tinggi tidak menjamin seseorang graduan untuk mendapat pekerjaan. Graduan yang mendapat pointer yang lebih rendah adakalanya lebih bernasib baik. Ia dilihat seolah-olah mahasiswa tidak perlu belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer yang tinggi tetapi memadai dengan pointer biasa-biasa sahaja.
Ramailah mahasiswa malas belajar Ada netizen yang bersetuju bahawa sepatutnya kenyataan sebegitu tidak patut diperkatakan. Jika begitulah, maka ramailah mahasiswa yang akan hanya belajar dan tidak kisah dengan pointer yang diperoleh. Masing-masing akan bergantung kepada nasib dan rezeki yang mereka tanpa perlu berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, ada netizen yang tetap percaya bahawa ianya bergantung kepada rezeki dan pointer yang tinggi bukanlah satu kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan. Banyak lagi aspek lain yang dinilai oleh majikan untuk mengambil pekerja bekerja di syarikat mereka. Apa-apa pun, banyak syarikat yang masih melihat kepada pointer calon yang memohon pekerjaan terutamanya yang memohon untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Ia turut diakui oleh individu yang bekerja di agensi pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang. Pointer adalah perkara yang akan dilihat terlebih dahulu. Jangan hanya bergantung kepada nasib mahupun rezeki jika kalian tidak berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh. Benarlah rezeki itu berbeza-beza setiap orang tetapi ada baiknya kalian berusaha dengan sebaiknya dan seterusnya bertawakkal. Pointer yang tinggi adalah bonus buat para graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus. - CARI |
11
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
25
Sedih |
19
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT