CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampar Bekas Guru Kerana Dendam Didenda 20 Tahun Lalu

24-12-2018 12:42 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 12900| Komen: 114|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang lelaki bernama Chang, 33, menjadi tular apabila beliau dirakam menampar bekas gurunya dipercayai dendam didenda 20 tahun lepas ketika beliau masih bersekolah menengah. Menurut China Press, kejadian itu berlaku Julai 2018 lepas di Henan China tetapi hanya menjadi viral baru-baru ini.

 
Kredit foto: Youtube
Berdasarkan rakaman video 1 minit tersebut, Chang menahan bekas gurunya bernama Zhao yang memandu motosikal. Tiba-tiba Chang menampar muka Zhao dan berkata ‘Ingat lagi dulu kamu suka membelasah saya? Masih Ingat?’


Chang kemudiannya menjerit namanya kepada Zhao dan mengatakan dia adalah bekas muridnya. Bekas gurunya kelihatan terkejut dan meminta maaf tetapi permohonannya tidak meredakan kemarahan Chang. Drama tersebut dirakamkan oleh seorang pemerhati dan dimuatkan di internet yang kini menarik perhatian ramai.




Susulan tersebarnya video itu , Chang tampil memberikan kenyataan. Menurutnya, ketika masih berumur 13 tahun, guru tersebut sering memijaknya sebaga denda. Ketika itu dia berbadan kecil dan hidup miskin jadi dia tidak mampu mempertahankan dirinya.

Kredit foto: Ethics Alarm
Susulan pengakuannya, ramai rakan sekelas Chang pada tahun 1998 mendedahkan Zhao merupakan seorang guru yang suka mendera muridnya sehinggakan seorang pelajar perempuan berpindah sekolah kerana tidak tahan dibelasah. Pihak sekolah mengesahkan kejadian itu dan mengatakan tindakan telah dilakukan terhadap Zhao. Chang bagaimanapun ditahan polis kerana menampar bekas gurunya yang kini masih dalam keadaan terkejut.

Dipercayai Zhao masih lagi menjadi guru sehingga kini dan diharapkan tidak ada lagi pelajarnya yang menjadi mangsa dendanya yang melampau. -CARI
6

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 24-12-2018 12:36 PM
wah...btol punye marah  ye..
Quote BreakingBad 24-12-2018 12:57 PM
Padan muka...
Quote pooh~key 24-12-2018 01:02 PM
Akak pun ada teringin nak belasah sekor cikgu akak dulu, dekkkk....
Quote monreyes 24-12-2018 01:04 PM
i  always wanted to do this...
Quote moonbug 24-12-2018 01:17 PM
Lamanya kau simpan dendam
Quote matchstick 24-12-2018 01:21 PM
ok lah... setimpal lah tu. jgn sampai membunuh sudah.
Quote Syd 24-12-2018 01:21 PM
Lecturer kat U pung mmg mcm mengintai2 jer lagak dia
Quote danieladam 24-12-2018 01:23 PM
Dasyatnya cikgu kalo sampai pijak anak murid 13 tahun.
Quote namr 24-12-2018 01:24 PM
aku pun nak tarik tudung sekor cekgu lahanat
kalu jumpa mana mana aku tarik tuding ko sundal
Quote Sang_Pencinta 24-12-2018 01:29 PM
Amboi ramainya kat sini ada hati nak tampar bekas cikgu / lecturer ye
Quote Sang_Pencinta 24-12-2018 01:34 PM
namr: aku pun nak tarik tudung sekor cekgu lahanatkalu jumpa mana mana aku tarik tuding ko sundal



Kenapa marah mcm tu sekali?
Quote Syd 24-12-2018 01:39 PM
kalau kat sekolah, mmg kena hadap kelas tu sampai la abes tahun tu.

kalau tak U, boleh je drop subject.

sem depan amik ngan orang lain.

Quote Themilo 24-12-2018 01:50 PM
same goes with me. iols pun ada gak 3-4 orang cikgu yang meols dendamkan sampai hari ni.. ada sorang tu, setazah tudung labuh..
Quote fifie_olin 24-12-2018 02:26 PM
ada gak dulu iols kena denda segala
tp xde smpi berdendam
dh lama gila kot
x kose nk ingat kembali
Quote idakamaruddin 24-12-2018 02:46 PM
aku rasa sume org ada benci ngn sorang dua cikgu

aku pn ada dulu geram sungguh mmg masa tu aku buang sebelah kasut dia dlm tong sampah sebelah lg aku tendang jauh2 padan muka

tp skg ni xde la dendam dh sbb dh balas kan

Quote ninja9 24-12-2018 02:49 PM

Ada baiknya kawalan disiplin disekolah dibuang shj untuk mengurangkan risiko. Kalau tak jadi mcm nilah. Ada pula yang kena tampar2 bila dah tua. .. atas motor pulak tu.

Tahun 90an kebawah pendekatan disiplin agak kasar dan melibatkan fizikal. Rotan, cubit, tampar etc tu kira bisalah. Barangkali itulah tafsiran disiplin ketika itu. Itu dimalaysia tetapi rasanya negara lain pun lebih kurang juga. Lepas itu pelan2 berubah kpd pendekatan kaunseling sampai kalau guru terguna disiplin dengan tafsiran lama mereka berisiko untuk disaman atau mendapat balasan setimpal oleh bekas murid mereka..

Dunia dah berubah, biar ibubapa yg urus pasal disiplin, kalau tak boleh urus juga keluarkan shj dari sekolah supaya pelajar2 lain lebih aman menuntut ilmu.
Quote sampaihatiTun 24-12-2018 02:56 PM
banyk btol yg mental kat sana tu..
Quote dekmieDandy 24-12-2018 03:00 PM
teringin betul nak 'jack' sorang cikgu/warden asrama dulu

dia berlagak kemain, sebab dia tahu budak x boleh sentuh dia

tapi ada rumors dia kena belasah ngan senior time kat luar sekolah, betul ke dak tak tahu lar
Quote coolie83 24-12-2018 03:12 PM
padu siap tamparan dia...

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.044659 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top