CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Lemak Punca Pergaduhan Di R&R Gambang

26-12-2018 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5228| Komen: 21

“Pemandu bas ekspres itu hanya membayar RM1 menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka."

Tindakan pemandu bas ekspres yang tidak mahu membayar penuh harga nasi lemak dibelinya menjadi punca pergaduhan yang berlaku di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di Kuantan, kelmarin.


Kredit foto: Express Viral

Harian Metro melaporkan, pemandu bas berusia 32 tahun berkenaan hanya membayar RM1 untuk nasi lemak yang dijual pada harga RM2 itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara dia dan pelayan gerai sebelum dipukul lima lelaki di situ pada jam 1.30 pagi kelmarin.

“Berdasarkan keterangan pelayan gerai makanan di R&R itu, harga nasi lemak dijual adalah berharga RM3 manakala untuk pemandu bas, lori, dan pelanggan tetap, diskaun diberi iaitu dijual pada harga RM2," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.


Tambahnya, mangsa dibelasah sekumpulan lelaki selepas pemandu bas itu dikatakan mengasari seorang pelayan kedai. Bagaimanapun, ada pihak menafikan dakwaan mangsa mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada salah seorang lelaki terbabit.

Difahamkan, pelayan gerai itu mendakwa dia dicekik, dipukul di bahagian belakang kepala dan ditendang sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, polis menahan pemandu bas ekspres terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 1.15 pagi tadi selepas dia tampil untuk memberi keterangan,” jelas Mohamad Noor.


Kredit foto: NSTP/Harian Metro

Sementara itu, enam lagi suspek lelaki berusia 32 hingga 44 tahun ditahan di sekitar Kuantan dan Maran bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - CARI
8

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fox. 26-12-2018 01:35 PM
gara gara singget tak memasal kena tahan pulis
Quote prettyuglybabe 26-12-2018 01:41 PM
sapa yang buat cerita?
Quote rospinki 26-12-2018 01:44 PM
gara2 nk bekap nasi lemak tu...kan dh kena tangkap

#ayatdeep
Quote dinopower2 26-12-2018 01:48 PM
rospinki replied at 26-12-2018 01:44 PM
gara2 nk bekap nasi lemak tu...kan dh kena tangkap

#ayatdeep

btul ke pelayan tu kena pukul...
klau kena pukul pertahankan diri kat fb yg kena kecam truk... ni motif buh gambo dinding bagai haha
Quote rospinki 26-12-2018 01:53 PM
dinopower2 replied at 26-12-2018 01:48 PM
btul ke pelayan tu kena pukul...
klau kena pukul pertahankan diri kat fb yg kena kecam truk... ni ...

entah karos tk tau la dino..baca skli lalu jah

karos rse ada cerita sisipan kita tk tahu yg sebenar..karos speku ni drbar bas ada hati kt betiner ni..betiner ni tk suka kat dia..maka tjdilah perselisihan lalu membabi drbar tu..tk puashti gak pelayan tu bgitau kt geng dia gi bantai ramai2..mklumler pelayan tu kan rama peminat petik je jari bedoyun
Quote miemiecha 26-12-2018 01:56 PM
katanya x kne pukui kan..
bru drebar gertak, sekali ngadu kat abam..
tu yg drebar kne hentam,..
mek dok bygkan..
dia ngadu camneh??

sambil lap2 ayor mata ke hape??
comey plk waser ngadu kat abam sbb kne buli sambil lap2 hinguih..
Quote buapakperut 26-12-2018 02:07 PM
ape ke perangai singgit nak berkicapan sampai meringkuk di penjara. dua2 biadab ni
Quote moonbug 26-12-2018 02:09 PM
Pulak dah
Quote kucingitam 26-12-2018 02:45 PM
drebar sorang...yg kena pukul berlima...padaiyappa sungguh abg drebar

p/s: the other side of story, katanya driver panggil pelayan kedai, tapi budak tu membabi2kan abg drebar
Quote dinopower2 26-12-2018 02:51 PM
buapakperut replied at 26-12-2018 02:07 PM
ape ke perangai singgit nak berkicapan sampai meringkuk di penjara. dua2 biadab ni

sis, drebar berhenti mkn kat rnr tu biasa je dpt mkn free. sbb bwk pelanggan tu...

Quote abas8888 26-12-2018 04:20 PM
susah nak percaya abam drebar pukui budak tu kat kedai makan...kalau kena pukul mesti ada orang lain tolong lerai ka apa ka..takkan budak tu dok kat gerai sorang2..

lagipun setahu aku dulu2 drebar siap dapat rokok free...apalah sangat nak kira makan nasi lemak ni..

entahlah..kalau ada cctv kena pukul senang cerita..
Quote palmolive 26-12-2018 04:23 PM
lama dah org bergaduh pasal nasik lemak ni
Quote DollahRepek 26-12-2018 04:30 PM
Pulak dah..aku ingatkan geng kicap jer yg pandai putar belit cerita
Quote jeeja07 26-12-2018 04:37 PM
Semlm ada thread Lava bukak. Al kisahnya, pelayan ckp dekat drebar bas tu "sabarlah B@b!". Mana thread tu jap nak cari
Quote BeskotCekelat 26-12-2018 05:07 PM
dinopower2 replied at 26-12-2018 02:51 PM
sis, drebar berhenti mkn kat rnr tu biasa je dpt mkn free. sbb bwk pelanggan tu...

Betul tu, zaman aku duk mengaji di Penang awal 2000-an dulu. Naik bas mesti drebar tu de-tour keluar dari highway Plus kat Tanjung Malim.
Kat R&R Tanjung Malim tu siap ada bilik makan khas lagi untuk abang2 drebar makan free...

Tandas dia pulak hazab nak mampus...
Quote berusjamban 26-12-2018 05:12 PM
Apa cite penumpang yg naik bas ni? Kol bape sampai ke destinasi?
Quote laksmanabentan 26-12-2018 05:18 PM
saja nak twist aja nih...
hopefully polis buat keje yg betul la..
hope sgt polis ni tak kena beli oleh mana2 pihak...
Quote ninja boy 26-12-2018 05:30 PM
Seringgit sampai nak gaduh
Quote awanearisu 26-12-2018 06:24 PM
Yang pastinya kedua-dua versi jauh berbeza. Harap pihak polis berjaya mendapatkan versi ketiga pula.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051545 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top