CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bawa 'Borang Persetujuan' Sebelum Lakukan Hubungan Seks Dengan Budak 13 Tahun

27-12-2018 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5767| Komen: 29

Seorang lalaki 'kantoi' berhasrat melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan berusia 13 tahun dan membawa 'borang persetujuan' untuk ditandatangani mangsa.


The Sun melaporkan, Adam Robert Dimond, 31, didakwa cuba mengumpan mangsa yang sebenarnya seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang sedang menyamar untuk melakukan seks.


Adam Robert Dimond

Sementara itu, METRO melaporkan Dimond dicekup ketika sedang menunggu 'gadis bawah umur' itu di bawah sebuah jambatan di Farmington, Utah, Amerika Syarikat pada penghujung November lalu.


Menurut polis, Dimond mengakui dia berhasrat melakukan hubungan intim dengan 'mangsa', malah dokumen persetujuan berkenaan ditemui di dalam kereta suspek, lapor Standard Examiner.

Difahamkan, penyiasat juga memeriksa telefon bimbitnya bagi mengenal pasti kemungkinan suspek melakukan jenayah lain membabitkan kanak-kanak.

Dimond dikatakan berbual dengan ejen berkenaan yang menyamar sebagai kanak-kanak terbabit menerusi aplikasi sembang Whisper.

Mahkamah mendakwa Dimond atas kesalahan menggoda kanak-kanak bawah umur menerusi Internet atau pesanan ringkas.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dari Penjara Daerah Davis pada Jumaat dengan ikat jamin sebanyak 8,000 Pounds (RM42,304) dan mahkamah masih belum menentukan tarikh perbicaraan seterusnya.

Polis juga menahan seorang lagi lelaki dalam operasi penyamaran berkenaan iaitu Angus Logan, 21, yang turut didakwa atas kesalahan sama.


Angus Logan

Penyiasat mendakwa Logan membawa kondom ke sebuah alamat di mana dia menyangka akan bertemu remaja berusia 13 tahun (ejen sama) terbabit.


Foto: The Sun

Namun, sebaik tiba di lokasi, dia mendapati sepasukan polis sedang menunggunya. - CARI
14

Bagus
24

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
24

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-12-2018 01:37 PM
patut la thread tak dapat sambutan
Quote sharlenetexas 27-12-2018 01:40 PM
Ni umur 13 muka budak atau muka macam 25 tahun?
Quote Themilo 27-12-2018 01:47 PM
prettyuglybabe replied at 27-12-2018 05:37 AM
patut la thread tak dapat sambutan

ummah kokesyen sis, for sure la rakyat mesia scroll down artikel ni.. cuba kalau ummah jate pantai timur, for sure berbakul-bakul disumpah-seranah..
Quote Orix 27-12-2018 01:55 PM
Aiyoh Adam robert tu muka can do sgat... awat la pedo {:cryrun
Quote Aerhys 27-12-2018 02:08 PM
Elok polis di malaysia buat langkah yg sama utk mengumpan pedofil melalui aplikasi wechat dan lain2. Pasti ramai tertangkap.
Quote tikusmontok 27-12-2018 02:13 PM
sharlenetexas replied at 27-12-2018 01:40 PM
Ni umur 13 muka budak atau muka macam 25 tahun?

baca tak paham ke?
Quote clarizsa 27-12-2018 02:15 PM
Kesian pedo omputeh kena tangkap
Klu pedo kt msia seronok je ajak kanak2 kawin pastu semua pakat puji
Quote abangadek 27-12-2018 02:19 PM
ngesek je la dalam kepala korang ye
Quote sinalegna 27-12-2018 02:22 PM
Aerhys replied at 27-12-2018 02:08 PM
Elok polis di malaysia buat langkah yg sama utk mengumpan pedofil melalui aplikasi wechat dan lain2. ...

Takpon tangkap kat pej. agama masa nak mendaftar
Quote makbedah 27-12-2018 02:36 PM
clarizsa: Kesian pedo omputeh kena tangkapKlu pedo kt msia seronok je ajak kanak2 kawin pastu semua pakat puji

Hahahaha betul juga.
Quote sharlenetexas 27-12-2018 03:15 PM
tikusmontok replied at 27-12-2018 02:13 PM
baca tak paham ke?

Mangsa tu muka budak ke muka orang tua yg si pedi gila selera sangat?
Quote chinta89 27-12-2018 03:19 PM
jahatnya perangai adoiii
Quote dua_chzy 27-12-2018 03:23 PM
Edited by dua_chzy at 27-12-2018 03:25 PM

Ngkorang carik jah bini kat Asia ni if dah pedo sangat tingin nak ngesek dengan bebudak. Ropa 40 tapi body seropa 16 tahun ala Che Ta ramai jah terutama di negara2 miskin makan pon bercatu.
Quote sukacactus 27-12-2018 03:35 PM
Selalu tgk kat youtube crime watch daily with chris hansen
Cemana diorang perangkap pedo2 ke rumah yg penuh camera & polis mcm kat dlm artikel ni la
Quote bro_kr 27-12-2018 03:47 PM
sharlenetexas replied at 27-12-2018 01:40 PM
Ni umur 13 muka budak atau muka macam 25 tahun?

Berdasarkan laporan article tu..

Diaorang cuma setakat chat kat applikasi Whisper dulu. Set date appointment utk jumpa 18sx. Tak pernah jumpa lagi in person.

Agen tu masuk Whisper nyamar jadi budak underage utk kerja2 undercover.
Quote sharlenetexas 27-12-2018 04:05 PM
bro_kr replied at 27-12-2018 03:47 PM
Berdasarkan laporan article tu..

Diaorang cuma setakat chat kat applikasi Whisper dulu. Set dat ...

Gambar tipu la kan? Agen menyamar. Sekali pedo gila masuk perangkap. Kantoi. Padan muka.
Quote lkick2113 27-12-2018 04:08 PM
sharlenetexas replied at 27-12-2018 03:15 PM
Mangsa tu muka budak ke muka orang tua yg si pedi gila selera sangat?

ko ni......ejen tu menyamar dalam applikasi bual whisper, bukan menyamar secara fizikal....
Quote Modngengade 27-12-2018 04:13 PM
Mana mungkin ummah kokesen kristian junjungan ummah ibupertiwi pedo sister?

Akak kawatir berita ini pitenah akhir jaman
Quote Modngengade 27-12-2018 04:15 PM
prettyuglybabe replied at 27-12-2018 01:37 PM
patut la thread tak dapat sambutan

Khuennn....suam2 kuku je sambutan..cuba kalau sipelaku muslim harus tered berpages2

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061860 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top