Seorang pengguna laman sesawang Reddit, Redditor RBradbury1920 telah berkongsi sebuah kisah misteri menerusi saluran r/legaladvice. Untuk pengetahuan pembaca, saluran tersebut membolehkan seorang Redditor mendapatkan nasihat-nasihat dari segi perundangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pada mulanya, pemuda ini dikejutkan dengan beberapa nota Post-It bertulisan tangan yang muncul secara misteri dalam pangsapuri sewaannya. Kerana tulisan tangan di nota-nota tersebut tidak menyerupai gaya penulisannya, beliau mengesyaki bahawa kediamannya telah dicerobohi oleh seseorang. Nota Post-It yang pertama mengandungi pesanan untuk melaksanakan beberapa tugas dan merahsiakannya dari semua orang. Manakala nota kedua pula menggesanya agar menyimpan kesemua dokumen.
Berasa bimbang, beliau cuba mendapatkan video rakaman dari kamera web yang dipasang. Peliknya, tiada langsung fail berkaitan video rakaman tersimpan di dalam komputer peribadinya! 3 hari kemudian, beliau menemui sekeping lagi nota Post-It yang kosong. Kali ini, ia ditampal di luar pintu kediamannya. Malah pintu-pintu kediaman jirannya turut ditampal dengan nota Post-It yang berlainan warna. Pemuda ini merasakan bahawa barangkali semua kejadian misteri ini berpunca dari dirinya yang mengalami gangguan tidur berjalan. Ini kerana kesemua nota tersebut merupakan bahan alat tulis miliknya. Selain itu, beliau juga mengesyaki pemilik kediamannya sendiri yang mungkin menceroboh kediamannya menggunakan kunci pendua. Kisah pemuda ini menarik perhatian para Redditor. Dalam banyak-banyak komen yang diterima, seorang Redditor telah menyuarakan saranan yang tak disangka-sangka: Beliau menggesa pemuda ini untuk memantau kadar gas Karbon Monoksida (CO) dalam kediamannya dengan memasang sebuah alat pengesan gas. Pelik bukan? Namun saranan ini berdasarkan keadaan kediamannya yang digambarkan sebagai memiliki bilik tidur tidak bertingkap, ruang yang sempit dan pengudaraan yang kurang baik. Pemuda ini menurut saranan tersebut. Ternyata telahan Redditor tersebut tepat: Alat pengesan gas menunjukkan bacaan gas CO di kediamannya mencecah 100 ppm! Kisah ini telah menggemparkan dan membuka mata ramai pengguna Reddit berkenaan kesan gas CO. Mereka tidak menyangka bahawa keracunan gas CO boleh menyebabkan kejadian seumpama ini. Ada juga yang menuduh pemuda ini sengaja mengada-adakan cerita untuk meraih perhatian. Berbalik kepada pemuda tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada saranan yang telah merungkai misteri yang menghantuinya, sekaligus menyelamatkan nyawanya. Beliau kini telah pulih setelah mendapatkan rawatan di hospital dan telah pun berpindah ke kediaman yang baru. Keracunan gas CO merupakan situasi yang biasa berlaku di Amerika Syarikat, terutama di bangunan pangsapuri. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) melaporkan bahawa setiap tahun, kira-kira 400 kematian dicatatkan di Amerika Syarikat akibat pendedahan kepada gas CO. Antara dalang penyumbang gas CO adalah pemanas air dan tempat pendiangan. Berdasarkan penyelidikan penulis dan menurut beberapa komen Redditor lain, simptom halusinasi ini digelar Amnestic Disorder. Keracunan gas CO pada tahap akut boleh melahirkan beberapa simptom. Simptom utama adalah sakit kepala. Menurut Wikipedia, ia juga boleh diiringi oleh simptom-simptom lain contohnya peningkatan kadar denyutan jantung, penurunan kadar tekanan darah, kecelaruan, halusinasi, sawan dan juga kematian. Berlainan pula di negara ini, kebanyakan kes kematian akibat pendedahan kepada gas CO berlaku di dalam kenderaan. Gas CO bertindak secara senyap. Justeru, belilah alat pengesan gas CO sekiranya anda kerap berada di dalam kenderaan dalam tempoh masa yang lama. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. - CARI |
amirezu replied at 12-1-2019 01:12 AM
webcam tu macam mana? kenapa tak ada video terakam hari 'dia' letakkan note tu?
bottombikini replied at 14-1-2019 11:51 AM
ingatkan kisah mistik
btw aku tengah layan satu novel ni tapi belum abis lagi baca
heols sewa ruma ...
nuhanis replied at 14-1-2019 12:19 PM
Novel apa ni? Cambest
ADVERTISEMENT