Dalam industri hiburan pasti akan timbul isu artis junior tidak menghormati senior. Terbaru, pelakon dan usahawan Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman meluahkan rasa terkilan berhubung sikap segelintir pelakon baru tanah air yang tidak menghormati pelakon senior.
Menurutnya, segelintir pendatang baru bersikap 'kerek' walaupun hanya membintangi satu atau dua drama. "Jumpa artis lama pun tak nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran 'Dato' dan 'Paduka Ayahanda'," sindirnya. Boy Iman turut mengkritik pendatang baru yang tidak kuat asasnya dalam bidang lakonan hingga ada yang kelihatan 'kayu' ketika berlakon.
"Harap pengikut je ramai di media sosial. Itupun ada yang lupa diri, sombong dengan peminat dan rakan media," ujarnya. Sehubungan itu, Boy Iman menasihati adik-adik artis baru nak up ini supaya menggali ilmu untuk mengasah bakat agar mutu lakonan seiring dengan populariti dikecapi. Di penghujung pesanan itu, Boy Iman mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang pernah menyokong dan membenci dirinya sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air. Menurutnya, dia masih ditawarkan berlakon. Rasanya, watak apa yang sering ditawarkan itu ya? - CARI
|
9
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT