Cristiano Ronaldo ialah pemain bola sepak dari Portugal yang berbakat besar. Ronaldo kini bermain untuk sebuah kelab Itali iaitu Juventus. Dia bukan sahaja memiliki bakat yang luar biasa, tetapi juga terkenal kerana mempunyai rupa yang kacak serta seorang yang prihatin dengan kanak-kanak mangsa perang dan anak-anak miskin. Ronaldo sangat suka membuat amal kebajikan dengan menderma. Ronaldo sudah pun mempunyai empat orang anak, tetapi dia masih belum berkahwin sehingga kini. Ketiga-tiga anaknya dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang yang memang amat sinonim dengan pemain bola sepak itu. Manakala anak keempatnya dilahirkan hasil hubungannya dengan tunangnya Georgina Rodriguez. Terkini, Cristiano dilaporkan kembali ke Madrid pada 22 Januari 2019 untuk menghadiri percubaan kes pengelakan cukai di mahkamah. Isu ini sebenarnya dibawa ke mahkamah sejak tahun lalu di mana Ronaldo didakwa mengelak cukai sebanyak 14.7 juta Euro dalam tempoh tahun 2011 hingga 2014. Menurut pihak pendakwaraya, Ronaldo telah menubuhkan sebuah syarikat di British Virgin Islands pada tahun 2010. Dia kemudian memindahkan hak kepada syarikat kedua di Ireland semata-mata untuk mengelirukan pihak penguatkuasa cukai. Atas sebab ini, Ronaldo dikenakan denda sebanyak 18.8 juta Euro oleh pihak penguatkuasa cukai Sepanyol. Walau bagaimanapun, dia tidak akan dikenakan hukuman penjara kerana menurut undang-undang di Sepanyol, pesalah yang melakukan kesalahan kali pertama di bawah tempoh hukuman dua tahun, layak diberikan tempoh percubaan. Ronaldo dijangka akan membuat pengakuan bersalah serta bersetuju membayar sejumlah denda seperti dinyatakan. Nampaknya, ramai juga figura besar yang mengelak cukai. Ini bukanlah kali pertama kita mendengar hal sebegini. Anda rasa wajar atau tidak wajar tindakan mereka ini? -CARI |
7
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT