Seorang model dari Taiwan yang dikenali ramai sebagai 'Pendaki Bikini' maut disyaki akibat kesejukan melampau selepas terjatuh ke dalam sebuah gaung ketika melakukan aktiviti hiking di pergunungan Nantou County.
Wanita bernama Gigi Wu, 36, itu mempunyai 14,000 pengikut di media sosial dan dikenali ramai kerana suka mengenakan bikini ketika menjalankan aktiviti lasak. Beliau sering memuat naik gambar-rambar kejayaannya menakluk puncak gunung yang sejuk beku dengan hanya berpakaian renang. Menurut daftar Nantou County, Wu memasuki kawasan pendakian pada 11 Januari dan bercadang menjelajah Batongguan Historic Trail di Taman Negara Yushan sehingga 24 Januari. Bagaimanapun, pendaki itu mengalami kecelakaan apabila terjatuh ke dalam jurang sedalam 30 meter. Beliau kemudiannya menelefon pihak berkuasa untuk meminta bantuan, mengatakan tidak dapat bergerak kerana kecederaan. Malangnya, menurut laporan Apple Daily, helikopter penyelamat tidak dapat digunakan akibat cuaca buruk. Jadi, operasi terpaksa dilakukan melalui jalan darat. Mayat pendaki itu dijumpai 43 jam kemudian dengan hanya berbikini. Beliau dipercayai mati kesejukan beberapa jam sebelumnya. Pengikut Wu di Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarganya atas kematian mengejut mendiang. Malang tidak berbau, mungkin hayatnya lebih panjang jika beliau mengenakan pakaian yang bersesuaian. - CARI
|
19
Bagus |
12
Marah |
6
Terkejut |
17
Sedih |
22
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gerbera.memopad replied at 22-1-2019 02:07 PM
Arwah memang tak bawak proper clothes kat backpack ke? Ke she lost her backpack masa jatuh tu?
Ke ...
Sang_Pencinta: Kesiannya, kalau berpakaian tebal pasti ada harapan masih hidup
Sang_Pencinta replied at 22-1-2019 08:36 AM
Rasanya dia bawa proper clothes, bila sampai puncak nak berphoto shoot baru tukar bikini
gigahertz replied at 22-1-2019 04:44 PM
dalam mcgyver sabtu lepas ada ajar cara mendaki gunung yang licin akibat di seliputi lapisaan ais
ADVERTISEMENT