CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gajah Serang Dan Musnahkan Di Kebun Penduduk

20-9-2013 04:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4408| Komen: 5



KUANTAN - “Saya hanya ingat mati pada waktu tu, bila nampak dua gajah dewasa tidak jauh dari saya,” demikian luahan warga emas, Sharif Ibrahim, 73, ketika ditemui di kebunnya di Kampung Bayas, Kuala Kenau, di sini.

Sharif berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu,  dia ke kebun miliknya untuk melihat tanaman sebelum dikejutkan dengan sekumpulan gajah yang sedang memakan tanaman di kebunnya seluas dua hektar itu.

“Ketika itu, saya hanya mampu membaca doa memohon supaya gajah tersebut lari dari kebun.

“Nasib baik tak lama selepas itu, kumpulan gajah itu beredar ke hutan seberang,” katanya.

Sharif berkata, tanaman seperti cempedak, getah dan durian dimusnahkan gajah terbabit menyebabkan dia mengalami kerugian kira-kira RM3,000.

Katanya, kejadian sama turut berlaku tahun lepas dan dia sudah buntu memikirkan masalah itu.

“Kadang-kadang rasa kecewa dan putus asa nak berkebun, kalau hasilnya sering dimusnahkan gajah.

“Sekarang kumpulan gajah berkenaan sudah tidak takut lagi malah sering muncul pada waktu petang untuk mencari makanan,” katanya.

Sharif berkata, kejadian kebun diserang gajah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini malah sejak dua minggu lalu, banyak kebun penduduk musnah akibat serangan sang belalai itu.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Khairiah Mohd Sharif berkata, pihaknya sudah melakukan pemantauan di beberapa kawasan serangan haiwan berkenaan bagi memastikan gajah tidak terus menceroboh kebun penduduk.

Menurutnya, lima anggota Unit Elit Gajah Perhilitan negeri sudah berada di Sungai Lembing bagi melakukan aktiviti menghalau, malam kelmarin dan mereka terserempak dengan kumpulan haiwan berkenaan.

“Kita akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan serangan gajah di kawasan Sungai Lembing tidak terus berlaku setiap tahun, kemelut berkenaan menyebabkan pekebun menanggung kerugian,” katanya.

25

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
10

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Komrade 20-9-2013 09:16 AM
adoi ingatkan gangster betui!!!
Quote shafur 20-9-2013 09:28 AM
baru nk kutuk gangster mane yg bangang sgt 2.
Quote shernazz 20-9-2013 09:29 AM
gajah bengang taman mainan dia dijajah manusia
suke hati je
sian gajah tu tau
Quote kikuri 20-9-2013 09:48 AM
dah tu habitat gajah dimusnah sesuka ati boleh plak...kesian taw gajah tu taktaw nak pi mana dah...
Quote nicuya 20-9-2013 10:03 AM
tok gajah rupenye....byk main la tt ni..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057987 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top