Selepas isu antivaksin dan golongan Flat Earth, muncul pula trend baru yang menolak untuk dibius ketika menjalani pembedahan. Baru-baru ini, beberapa doktor menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu yang membuat orang ramai menepuk dahi.
Dalam entrinya, Nurul Faiznani Zolkifli berkongsi pengalamannya berdepan situasi di mana seorang wanita yang mahu bersalin enggan dibius kerana ingin merasai rasa sakit bersalin. Lebih mengejutkan, si suami beriya menghalang doktor daripada membius isterinya jika terpaksa melakukan pembedahan.
Sementara itu, seorang lagi doktor hanya mampu menggeleng kepala kerana merasakan pasangan berkenaan persis orang yang jahil ilmunya. Ramai juga netizen lain berkongsi pandangan sama dan mendakwa si suami seorang yang mementingkan diri sendiri. Malah, ada juga yang membuat spekulasi kononnya dia ingin berkahwin lain. Semakin pelik pemikiran masyarakat hari ini. Orang terpijak kaki pun ada kalanya rasa seperti nak lempang, inikan pula nak belah perut. - CARI
|
8
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT