CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wira Tidak Didendang, Hafizan Kehilangan Kerja Kerana Membantu Arwah Adib

26-2-2019 12:50 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8984| Komen: 31|Original author: Oleh: intan

Tragedi rusuhan kuil Sri Maha Mariamman yang telah mengorbankan seorang anggota bomba iaitu Muhammad Adib Mohd Kassim pada November tahun lalu telah menggemparkan penduduk Malaysia. Rakyat menggesa supaya keadilan dapat ditegakkan tanpa mengira bangsa dan agama. Hingga kini, perbicaraan serta sesi inkues masih lagi berlangsung dan rakyat Malaysia masih menunggu akan keputusan mahkamah.

Namun, walaupun segala tumpuan diberi untuk perbicaraan inkues, ada juga wira yang tidak didendang. Mohd Hafizan Nordin tiba - tiba menjadi sebutan kerana pengorbanannya dalam menyelamatkan nyawa arwah Adib. Pemuda berusia 33 tahun yang berasal dari Baling Kedah itu kini kehilangan pekerjaan sebagai pegawai peribadi kepada seorang ahli perniagaan.

Foto: Suara TV
Tidak ramai tahu akan 'penglibatan' Hafizan dalam kes tersebut namun akhirnya terbongkar apabila beliau dipanggil sebagai salah seorang saksi dalam sesi inkues kematian Adib. Menurutnya, dia lebih banyak mendiamkan diri sejak kejadian itu berlaku, kerana menurutnya, beliau menolong Adib ikhlas dan bukan mencari publisiti dan 'nama'.


Pertemuan beliau dengan Malaysia Gazette juga mendedahkan beliau merupakan seorang bekas tentera dari Kor Kesihatan Diraja (KKD). Saudara Hafizan juga merupakan bekas komando dan salah seorang dari pasukan elit Rejimen Grup Gerak Khas (GGK)


Beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli tentera setelah 13 tahun berkhidmat dan kemudiannya bertugas sebagai pengawal peribadi.

Namun, di sebalik pujian ramai pihak mengenai keberanian beliau dalam menyelamatkan nyawa Adib, terdapat satu kisah duka yang menimpa dirinya setelah kejadian. Beliau telah kehilangan kerja sebagai pegawai peribadi kerana penglibatan beliau dalam memberikan keterangan serta kehadiran beliau ke mahkamah sedikit sebanyak mengganggu tugas hakiki beliau.

Beliau juga mendakwa, sudah pelbagai usaha untuk memohon perkerjaan baru dilakukan namun nasib belum menyelebelahi beliau.

"Namun percayalah, saya tak pernah menyesal sebab dah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia" - Hafizan

Menjelas lanjut, pada malam kejadian, beliau dalam perjalanan ke Kota Kemuning, sebelum keretanya menunjukkan signal kehabisan minyak. Disebabkan beliau tidak begitu mahir dengan jalan di kawasan sekitar kejadian itu berlaku, beliau membuka waze dan menunjukkan stesen minyak terdekat. Keadaan rusuhan yang berlaku menyebabkan beliau tersekat dan tidak boleh kemana - mana kerana kiri dan kanan dipenuhi orang ramai.

"Kalau orang lain di tempat saya, mereka jua mungkin buat benda yang sama"- Hafizan

Dalam keriuhan tersebut, beliau ternampak kelibat sekumpulan manusia mengusung seseorang. Hafizan yang pada mulanya 50 - 50 untuk menghulurkan bantuan akhirnya nekad untuk membantu walaupun pada ketika itu, nyawanya mungkin terancam. Keberanian yang hadir dirasakan mungkin hadir kerana pengalamannya dalam Komando suatu ketika dulu.



Dengan ditemani seorang lelaki india, beliau memecut laju keretanya ke hospital membawa Adib yang pada ketika itu parah disyaki akibat dipukul. Beliau sempat memeriksa keadaan Adib, 'mengeluarkan' segala ilmu yang pernah dipelajari ketika menjadi pegawai Kor Kesihatan Diraja (KKD) dulu.


"Allah lebih menyayanginya", walaupun Adib tidak dapat diselamatkan, beliau tidak sama sekali berasa menyesal atas tindakannya. Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Hafizan sama sekali tidak hanya berserah pada keadaan dan bersedia untuk menabur bakti kepada mana mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan perkerjaan kepadanya.

Penutup, beliau menggesa kepada masyarakat supaya berhenti membuat spekulasi serta andaian dan menyerahkan kes ini kepada pihak yang berkuasa. Tunggu sahaja keputusan inkues yang sedang berjalan kerana beliau yang terlibat secara langsung dalam inkues tersebut pun tidak berani membuat kesimpulan mengenai kes tersebut.


Semoga segala jasa Mohd Hafizan mendapat ganjaran yang sebaiknya serta terima kasih untuk jasa wahai wira yang tidak didendang. Al- fatihah untuk arwah Adib.  -CARI
14

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 26-2-2019 01:12 PM
sape pulak yg pecat dia ni
kesiann nya
smoga ada yg dpt membantu dia utk mendptkan pekerjaan
Quote susukambingbest 26-2-2019 01:12 PM
Bagus sikap beliau. Moga dpermudahkn usaha n dapat kerja baru yg ssuai.
Quote arasham 26-2-2019 01:14 PM
haryatie replied at 26-2-2019 01:12 PM
sape pulak yg pecat dia ni
kesiann nya
smoga ada yg dpt membantu dia utk mendptkan pekerjaan

In Shaa Allah Ada rezeki yg lebih baik menunggu dia. Teruskan usaha Dan doa..Saya pun doakan.dia semoga dipermudahkan dlam urusan Cari rezeki Dan kehidupan..
Quote haryatie 26-2-2019 01:15 PM
arasham replied at 26-2-2019 01:14 PM
In Shaa Allah Ada rezeki yg lebih baik menunggu dia. Teruskan usaha Dan doa..Saya pun doakan.dia s ...

Aamiinnn...
Quote moonbug 26-2-2019 01:16 PM
Semoga Allah kurniakan ganjaran yang lebih baik pada encik Hafizan. Hilang job sekelip mata dugaan yang sangat besar, lagi-lagi bila niat nak membantu orang dalam kesusahan.
Quote susukambingbest 26-2-2019 01:22 PM
haryatie replied at 26-2-2019 01:12 PM
sape pulak yg pecat dia ni
kesiann nya
smoga ada yg dpt membantu dia utk mendptkan pekerjaan

Biasa la keje pngawal peribadi. Komitmen pd bos tu tinggi. Hmpir 24h shari kna jaga bos. Bila kena trun naik mhkamah tntu bos cari pngawal baru. Dugaan utk beliau. Inshaa allah ada rezeki yg lbih baik utk beliau nti aminn
Quote pokaibanktokyo 26-2-2019 01:37 PM
Selesai semua inkues nanti tak akan ada masalah daptkan kerja bodyguard semula. Dah ada pengalaman. Orang malaysia ramai kaya kaya plak ...perlu bodyguard. Setakat bayar gaji bodyguard 10k sebulan ...celah gigi saja
Quote haryatie 26-2-2019 01:51 PM
susukambingbest replied at 26-2-2019 01:22 PM
Biasa la keje pngawal peribadi. Komitmen pd bos tu tinggi. Hmpir 24h shari kna jaga bos. Bila kena ...

Aamiin...

Quote tapirbiru 26-2-2019 01:56 PM
semoga rezeki saudara ni dimurahkan Allah..
Quote me12345 26-2-2019 02:12 PM
Semoga di murahkan rezeki ....
Quote mieymiey 26-2-2019 02:32 PM
Namun percayalah, saya tak pernah menyesal sebab dah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia


Sebak pula i baca.
Quote runiadreamer 26-2-2019 02:52 PM
saya doakan encik ni dimurahkan rezeki
Quote weeween 26-2-2019 03:13 PM
terharu. moga Allah permudahkan segala urusan beliau. Amin.
Quote Nana_Man 26-2-2019 03:13 PM
Semoga lebih murah rezeki, dapat keje yg lebih baik buat Hafizan.
Quote manehnya 26-2-2019 03:46 PM
insyallah pasti ada sinar di hujung jalan..
Quote annehuda 26-2-2019 04:02 PM
semua veteran yg aku jumpe mesti ngaku diorg ni bekas komando. kenapa agaknye
Quote munchkin 26-2-2019 04:45 PM
Moga dipermudahkan. Moga diberi rezeki. Amin yrb
Quote MissCarcosa9753 26-2-2019 05:51 PM
Semoga jutawan macam Alip Sukri dan dsv ambik dia ni jadi guard
Quote Nenolen 26-2-2019 06:05 PM
Moga murah rezeki dan di bawah redha Allah swt selalu...amin.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.388072 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top